@mediaselangor: Seramai 60 individu menerima rawatan mata percuma di Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn (THONEH) sempena Karnival Katarak yang berlangsung semalam (10 Mei 2025) dan hari ini (11 Mei 2025) bermula 9 pagi hingga 4 petang. Ketua Pegawai Eksekutif THONEH, Dato' Michael Goh berkata, inisiatif itu dilaksanakan dengan kerjasama tiga hospital lain, iaitu Hospital Ampang, Hospital Sultan Idris Shah, Serdang serta Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang bagi membantu pesakit yang kurang mampu dari segi fizikal atau kewangan mendapatkan rawatan mata di klinik atau hospital #mediaselangor