@graciaa_lauree: 🛥️ 🛥️ #boating #montrealsummer #fitgirl #fyp

Gracia
Gracia
Open In TikTok:
Region: CA
Monday 14 July 2025 16:22:25 GMT
305
18
0
0

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @graciaa_lauree, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

Anak kepada ulama terkenal dari Kelantan, Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki Hafizahullah tampil menjelaskan berkenaan ucapan bapanya yang dilaporkan menyuarakan harapan supaya pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipertahankan. Menerusi laman sosial Facebook Adnan Wazir, beliau berkata, ucapan bapanya itu sekiranya didengari dan diteliti secara penuh, sebenarnya memberi sindiran dan teguran sinis kepada Anwar. Katanya, teguran itu dibuat dalam bahasa lembut kerana bapanya berada di dalam majlis rasmi kerajaan dan dihadiri orang-orang agama dan pondok dari seluruh negara. Jelas beliau, ucapan bapanya itu juga tidak menyebelahi Anwar sama ada menyokong atau mengundi perdana menteri. “Ucapan spontan kerana tiba2 Ayahanda di jemput oleh PMX untuk bercakap sedangkan PMX sudah selesai bercakap. “Ayahanda sebut secara asas sesebuah kerajaan mesti kekal selama 10 tahun untuk kestabilan politik (sehingga PRU) seperti saranan Tuan Guru Presiden Pas kepada DS Najib Razak dahulu. “Ayahanda juga sebut ‘ Jika baik kekal baik ‘ bermaksud jika kerajaan baik kekalkan kerajaan tersebut. Jika beronar dan bermasalah tukarlah kerajaan. “Sebab itu ketika Mufti Wilayah bertanya pendapat Ayahanda tentang Himpunan Turun Anwar, dia ketawa,” katanya. Sementara itu, beliau menambah, kehadiran Syeikh Wazir pada program malam tadi adalah atas dasar memperkukuhkan Ahli Sunnah Wal Jamaah. “…dan Ayahanda sebut ketika muzakarah bersama Mufti Wilayah dan tuan2 guru pondok seluruh Malaysia ‘ Ambo ni Pas walaupun mari sini ‘. Semua hadirin ketawa,” katanya. Terdahulu, media melaporkan Syeikh Wazir yang juga Timbalan Pengerusi Jabhah Pondok Kelantan menzahirkan kebimbangannya terhadap usaha pihak tertentu, khususnya pembangkang, yang merancang menjatuhkan Perdana Menteri melalui himpunan di ibu negara pada 26 Julai ini. Beliau sebaliknya menyuarakan harapan supaya pentadbiran Anwar dikekalkan bagi menjamin kestabilan pembangunan Islam dan ekonomi negara yang didakwa kini semakin terkesan akibat perubahan kerajaan yang terlalu kerap. Kenyataan Syeikh Wazir ketika berucap pada Program Malaysia Bermunajat 2025 yang turut dihadiri Anwar itu mencetuskan persoalan dalam kalangan ahli-ahli Pas memandangkan ulama berkenaan sebelum ini dikenali cenderung kepada politik Pas. Difahamkan, pembangkang merancang menganjurkan Himpunan Turun Anwar pada 26 Julai ini dengan menyasarkan kehadiran sehingga 300,000 peserta.

About