@wartasemasa: 🇲🇾 Kegembiraan Berganda Sempena Merdeka ke-68 Lebih 100,000 rakyat membanjiri Dataran Putrajaya meraikan Hari Kebangsaan ke-68 yang penuh warna-warni dengan penyertaan 14,062 peserta. Ada yang sanggup berkhemah sejak malam sebelum demi lokasi terbaik berhampiran pentas utama. Tahun ini lebih istimewa kerana rakyat 18 tahun ke atas menerima RM100 one-off melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Tebusan menggunakan MyKad bermula 31 Ogos bagi 14 kategori barangan keperluan terpilih. Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, umumkan peruntukan RM2 bilion yang memberi manfaat kepada 22 juta rakyat. Tidak hairanlah sistem sempat sesak pada hari pertama kerana rakyat bersemangat menebus bantuan selepas sambutan merdeka! Merdeka kali ini bukan sekadar sambutan, tetapi tanda patriotisme & keprihatinan. #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja #HariKebangsaan68 #Merdeka2025