@kuskopmalaysia: YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, telah menyempurnakan Majlis Makan Malam Gala Swiss Innovation Challenge (SIC) bertempat di World Trade Centre, Kuala Lumpur. Bagi tahun ini lebih 250 penyertaan diterima menyertai SIC Malaysia dengan kerjasama global oleh University of Applied Sciences and Arts Northwestern Switzerland (FHNW). Penyertaan tersebut membabitkan universiti awam dan swasta, syarikat pemula serta inovator bebas dari seluruh negara. Menerusi ucapannya, YB Datuk Ewon berkata, SIC merupakan salah satu peluang mencungkil bakat dan juga platfom melalui bimbingan, pemadanan industri serta pendedahan pasaran antarabangsa. Beliau turut menyeru, semua pihak berkepentingan iaitu MOSTI, KUSKOP, MOHE dan Kementerian Ekonomi untuk terus menyokong inisiatif seperti SIC. Berganding mewujudkan pendekatan seluruh negara terhadap inovasi yang menyaksikan kerajaan, industri, akademia dan rakyat bergerak seiring menuju visi bersama. MAIA Sdn Bhd telah berjaya muncul selaku juara keseluruhan SIC 2025 dan bakal mewakili Malaysia ke Switzerland untuk peringkat akhir antarabangsa. SIC selari dengan Dasar Inovasi Negara dan komitmen kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 yang menjadikan inovasi sebagai teras pembangunan inklusif dan lestari. #KUSKOP #TaatSetia #WeMakeitHappen #MADANIBekerja #DKN2030

KUSKOPMalaysia
KUSKOPMalaysia
Open In TikTok:
Region: MY
Thursday 25 September 2025 07:08:26 GMT
142
9
0
0

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @kuskopmalaysia, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About