@501awani: Hari ini 204 tahun yang lalu, bermulanya Perang Musuh Bisik antara Kerajaan Kedah dengan Siam. Pada Ahad 12 November 1821, beratus-ratus perahu Siam pimpinan Raja Ligor, Phya Buri Sakmuton tiba Kota Kuala Kedah. Diberitahu kehadiran mereka untuk meminta bekalan beras, namun Dato Bendahara tahu niat sebenarnya. Raja Ligor marah dengan Sultan Ahmad Tajuddin kerana enggan membantu Siam berperang dengan Burma, ketika Kedah sibuk berperang dengan Perak. Ketika itu, Sultan berada di Kuala Muda & Dato Bendahara dititah untuk mentadbir Kuala Kedah. Pertahanan Kuala Kedah tak bersedia untuk mendepani ketumbukan tentera Siam yang hadir & Dato Bendahara cuba untuk berunding dengan Raja Ligor. Namun ketika rundingan berlaku, tentera Siam menyerbu masuk ke kota & melancarkan serangan. Hari itu, Kota Kuala Kedah jatuh ke tangan Siam. Salah seorang daripada Menteri Empat, Temenggong Wan Musa terbunuh di dalam pertempuran. Kemusnahan merebak ke luar Kuala Kedah dengan ketibaan angkatan darat Siam. Kekejaman tentera Siam ‘perut hijau’ tak terperi, ramai orang Melayu dibunuh & dijadikan hamba. Mereka yang sempat melarikan diri, berundur sambil berbisik menyampaikan berita & pesan kepada orang lain untuk menyelamatkan diri sebelum Siam tiba. Sultan Ahmad Tajuddin & pengikutnya lari ke Perai, berlindung & mengatur pelan penentangan. Diutus anak saudaranya, Tunku Kudin memimpin serangan balas yang berjaya menakluk semula Kuala Kedah pada April 1831. Ekoran ini, hadir campur tangan British. Mengikut Perjanjian British-Siam 1826, British perlu membantu Siam jika wilayah jajahan mereka diserang. Maka British-Siam melancarkan pengepungan ke atas Kuala Kedah & selepas 5 bulan, Kuala Kedah jatuh semula ke tangan Siam & gugurnya Tunku Kudin. Kemudian Tunku Muhammad Saad pula memimpin angkatan yang lebih besar, dengan bantuan kerajaan Melayu Aceh, Sumatera, Berdage, Siak, Pahang, Terengganu & Kelantan menawan semula Kuala Kedah pada 1838. Namun Mac tahun berikutnya, dengan bantuan British, ia kembali ditawan Siam. Hadir Tunku Anum, seorang diplomat yang berkhidmat di Istana Ligor. Melalui diplomasi & kelicikan beliau, akhirnya Kedah merdeka selepas 2 dekad dicengkam Siam. Sumber: The Patriots Asia #PeristiwaHariIni
🇲🇾Astro AWANI🇲🇾
Region: MY
Tuesday 11 November 2025 23:48:00 GMT
Music
Download
Comments
RUL :
1
2025-11-11 23:50:32
1
hzxiq._f :
perjuangan nenek moyang kita , al-fatihah 🥰
2025-11-12 01:29:04
1
ShaaChomel77 :
saya comel sebenarnya 💓
2025-11-12 02:31:30
1
zhaf18 :
semoga kedah dalam aman 👍💪
2025-11-12 02:02:53
1
lanpret :
Lepas ini tolong buat posting tentang perjanjian Pulau Pinang/Kedah pulak... tq
2025-11-12 02:01:53
2
zham :
♥♥♥
2025-11-12 04:50:05
0
Zaghloul El-Naggar🍉 :
Hasbunallahu Wani’mal Wakil
( حَسْبُنَا اللَهُوَنِعْمَالْوَكِيلُ)
"Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik2 pelindung '
2025-11-12 00:39:04
1
lanpret :
Alhamdulillah... akhirnya... terima kasih Astro Awani posting ini
2025-11-12 02:00:16
1
BRAM :
ternyata di semenanjung juga ada perang antar kerajaan dimana penjajah melakukan adu domba untuk memecah belah dan menghancurkan kerajaan2
2025-11-12 02:45:58
0
To see more videos from user @501awani, please go to the Tikwm
homepage.