@liputan7official: TIGA REMAJA DIDAKWA LONDEH SELUAR PELAJAR JUNIOR DI DEWAN SEKOLAH DIHADAPKAN KE MAHKAMAH Tiga remaja lelaki berusia 16 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Parit pada Jumaat atas pertuduhan menghina seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun dengan menolak serta melondehkan seluarnya di hadapan orang ramai minggu lalu. Insiden memalukan itu berlaku di dewan sebuah sekolah menengah di Parit, Perak Tengah sekitar jam 8.30 pagi pada 14 November 2025. Ketiga-tiga tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Izalina Rajaai dalam prosiding tertutup. Mereka didakwa mengikut Seksyen 507B Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM500 seorang, sementara 16 Disember ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula bagi mendapatkan laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. oleh LIPUTAN7 21 November 2025 MALAYSIA 🇲🇾 #liputan7 #Parit #Perak #kesjenayahpelajar

Liputan 7
Liputan 7
Open In TikTok:
Region: MY
Friday 21 November 2025 08:13:44 GMT
1100
33
0
0

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @liputan7official, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About