@jpmgov: ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐), ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ PUTRAJAYA, 21 November 2025 โ YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM), telah menghadiri Sesi Clock Out YBhg. Datuk Dr. Khairus Masnan bin Abdul Khalid, Mantan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) (TKSUP), JPM yang berlangsung di Pejabat TKSUK, Aras 4, Kompleks Setia Perdana. Majlis ringkas ini turut menjadi platform untuk menyampaikan penghargaan atas kepimpinan, komitmen dan khidmat bakti YBhg. TKSUP, JPM sepanjang menerajui pengurusan pentadbiran, selain mendoakan kejayaan dan kelangsungan perkhidmatan beliau dalam apa juga lapangan selepas ini. Sesi ini turut dihadiri oleh YBhg. Datoโ Indera Ikmalrudin bin Ishak, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan & Pembangunan), JPM (TKSU KP JPM); YBrs. Tuan Nasaruddin bin Abdul Muttalib, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), JPM (TKSUP JPM); serta Setiausaha-Setiausaha Bahagian yang hadir bagi meraikan detik terakhir perkhidmatan beliau di pejabat. Foto oleh: Muhammad Faiz bin Norzani (Pejabat TKSUK) dan Muhamad Amir Irsyad Bin Omar (UKK JPM) #JabatanPerdanaMenteri #RancakkanMADANI #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #TaatSetia
Jabatan Perdana Menteri
Region: MY
Friday 21 November 2025 12:58:37 GMT
Music
Download
Comments
Abu Abdunnur :
trm ksh byk2 semua kepimpinan JPM
2025-11-22 00:56:43
0
Wondrous Grace :
Saya Al Quran 4:75
2025-11-28 08:13:23
0
To see more videos from user @jpmgov, please go to the Tikwm
homepage.