@kosmoonline: PANGGILAN PERTIWI. Kumpulan penyokong skuad kebangsaan, Ultras Malaya menyanyikan 'chants' sebagai tanda semangat untuk aksi Kumpulan B saingan Piala AFF 2022 menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil. Dijangka hampir 30,000 penyokong hadir menyaksikan perlawaban yang akan bermula pada 8.30 malam ini. Skuad Harimau Malaya memburu kemenangan kedua selepas meraih keputusan positif dengan menewaskan Myanmar 1-0 di Yangon pada Rabu lepas. Video oleh MUHD. ARDIE PUTRA SUHAIMI