@syoksyoksyok: Kelab golf terkemuka Malaysia, Kuala Lumpur & Country Club (KLGCC) menjemput semua untuk menyambut bulan Ramadan yang mulia dengan tawaran bufet berbuka puasa. Sebanyak 18 jenis gerai makanan dengan pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa yang menyelerakan bakal disajikan kepada para pelanggan KLGCC. Antara juadah berbuka yang menarik adalah seperti lidah bakar, ayam panggang bumbu, bubur lambuk, udang sambal petai, tenggiri lada hijau, tumis darat daging kalio, kambing panggang dan sate. Para pengunjung juga akan disajikan hidangan laut, popiah basah, lemang, rendang serta kuih-muih tradisional Malaysia yang terkenal seperti ais kacang, dan cendol. Pakej bufet Ramadan ini berharga RM138 bagi ahli kelab KLGCC dan RM165 bagi bukan ahli. Kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan antara enam (6) hingga dua belas (12) tahun juga boleh menikmati kadar istimewa pada harga RM68. Checkout laman sesawang KLGCC untuk info lanjut! #syok #syokcover #bukapuasa #KLGCC #lokal
SYOK
Region: MY
Tuesday 14 March 2023 02:54:03 GMT
Music
Download
Comments
83wadlan :
😂
2025-03-17 11:12:34
0
absolutely_el :
🥰
2023-03-14 05:48:06
0
Aku Sahaja :
😇😂🤪😛😋😋
2024-05-25 16:15:39
0
To see more videos from user @syoksyoksyok, please go to the Tikwm
homepage.