@la_mejor_cumbia: 🔥 Agrupación Los Capos | Te he mentido #agrupacionloscapos #tehementido #jaredberrios #🎤 #lapaz🇧🇴 #Cumbia #sureñoś #fypシ #recuerdos

La mejor cumbia 🎶
La mejor cumbia 🎶
Open In TikTok:
Region: BO
Tuesday 13 June 2023 01:47:10 GMT
8840
302
0
18

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @la_mejor_cumbia, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

Hari ini 78 tahun yang lalu, Roswell Army Air Field (RAAF) mengeluarkan kenyataan akhbar tentang penemuan ‘piring terbang’ di Roswell. Roswell adalah sebuah bandar biasa di tenggara New Mexico, Amerika Syarikat yang dipacu oleh industri perladangan & penternakan. Namun segala-galanya berubah sejak lewat Jun/awal Julai 1947. Seorang peladang bernama Mac Brazel menemukan serpihan aneh di ladangnya, terdiri daripada objek seperti kerajang timah, jalur getah & kertas tebal. Lalu dibawa sebahagian daripadanya kepada pegawai keselamatan setempat, Sheriff George Wilcox. Sheriff George, yang mengaitkannya dengan cerita-cerita penampakan 'piring terbang' yang tular sekitar negara, membawa kes itu ke perhatian pihak yang lebih berkuasa dengan menghubungi pegawai di pangkalan tentera RAAF berdekatan. Beberapa orang pegawai dan anggota RAAF digegaskan ke lokasi tersebut yang terletak kira-kira 50km dari Roswell untuk membuat pemeriksaan & kemudian membawa pulang segala serpihan yang ditemukan ke pangkalan. Keesokan harinya, kenyataan akhbar dikeluarkan RAAF memaklumkan penemuan ‘piring terbang’ oleh 509th Operations Group di Roswell. Namun esoknya, mereka menjelaskan bahawa ‘piring terbang’ yang disangkakan itu sebenarnya serpihan belon cuaca. Bagaimanapun, khalayak percaya ia bukan objek ciptaan manusia berdasarkan gambar pada laporan akhbar. Maka bermulalah pelbagai teori konspirasi & Roswell bertukar menjadi medan tumpuan para peminat makhluk asing & piring terbang. Selama beberapa dekad cerita konspirasi terus berlegar, hingga Kongress AS mengarahkan satu inkuiri & penyiasatan dalaman dijalankan. Laporan dikeluarkan pada 1994 merumuskan bahawa serpihan ditemukan itu adalah daripada Projek Mogul. Projek Mogul adalah misi sulit Tentera Udara AS menggunakan belon altitud tinggi dan mikrofon untuk mengesan sebarang ujian bom atom Soviet ketika Perang Dingin dahulu, maka menafikan segala kaitannya dengan objek dari angkasa lepas. Begitupun, laporan rasmi pihak berkuasa yang meragukan ditambah dengan dapatan kajian bebas para alienis terus menghidupkan teori bahawa makhluk asing pernah singgah di Roswell. Sumber: History #PeristiwaHariIni

About