@shahrol.shiro: Isu YB Menteri membuat kecoh di KLIA tuntut pelawat China ditahan Imigresen dibebaskan. ... Sepatutnya sebagai seorang menteri perlulah hormati dan mengikuti prosedur yg ditetapkan lebih lagi ianya melibatkan keselamatan negara. Sudah tentu pegawai yg bertugas meragukan kemasukkan warga China tersebut. Apabila ada dokumen tidak berjaya ditunjukkan maka notis NTL dikeluarkan. Jika NTL telah dikeluarkan, silalah ke saluran yang ditetapkan iaitu memohon rayuan kepada Pengarah Imigresen KLIA dan jika tak berjaya biarlah beliau dihantar pulang serta lengkapkan dokumen kemudian masuklah kembali. ... Tuduhan terdapat rasuah sangat berat dan mampu mencalarkan reputasi khususnya Jabatan Imigresen Malaysia.Dakwaan tersebut datangnya dari warga China terbabit dan kemungkinan masalah komunikasi seperti dikatakan YB itu timbul. Jika YB rasa ada jenayah rasuah silakan juga lapor ke SPRM agar siasatan dilakukan supaya jelas siapa pelakunya dan tidak memberikan satu tuduhan melulu. ... Untuk menyelesaikan masalah di KLIA ini, Menteri2 dan agensi2 yang berkenaan wajib duduk bersama untuk mencari titik penyelesaian masalah.Dapatkan kata putus yg baik dan agensi2 akan melaksanakan agar impak yang positif dapat diwujudkan. Terima kasih 🙏