@dsdrnaim: ISU DAGING KULTUR/MAKMAL Isu ini telah pun dibincangkan dalam Jawatankuasa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama (MKI) dan pihak Akademi Fiqh Islam Antarabangsa (IIFA) akan dilibatkan untuk mendapatkan pandangan ulama dan ahli fiqah Islam Antarabangsa berkenaan hukum daging kultur/makmal. Pandangan IIFA penting kerana ia sebuah badan antarabangsa yang menghimpunkan sarjana dari 57 negara Islam seluruh dunia dan mengadakan persidangan antarabangsa dalam pelbagai bidang keilmuan Islam setiap tahun. #MenteriAgama #MalaysiaMadani #KerajaanPerpaduan #AlFalah #PelanAlFalah