@bernamatvofficial: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selamat kembali ke tanah air selepas mengadakan Lawatan Negara ke China selama empat hari. Pesawat khas yang membawa Seri Paduka selamat mendarat di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 2.55 petang dengan ketibaan Seri Paduka disambut Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul. Turut berada di Pangkalan TUDM adalah Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Senator Datuk Nur Jazlan Mohamed. 📹 : Zanariah Nor Zin #sultanibrahim #agong #tudm #china