@toota051: ستفتِّش عنها يا ولدي في كل مكان 🤍 #نزار_قباني #foryou #fypシ゚viral

تــوتــة 🕊️🤍
تــوتــة 🕊️🤍
Open In TikTok:
Region: SA
Sunday 29 September 2024 06:19:44 GMT
38168
1074
0
328

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @toota051, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐀𝐍𝐃 𝐆𝐑𝐄𝐄𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐍𝐃𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐊𝐄 𝐊𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐊𝐒 𝐂𝐈𝐐 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐊𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐁𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 JOHOR BAHRU - Pada 14 Julai 2025, AKPS Bangunan Sultan Iskandar (BSI) telah menerima lawatan daripada YDH CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Bin Mohd Zain, Ketua Pengarah AKPS yang tiba bersama YBrs. Tuan Ismail Bin Mokhtar, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AKPS serta barisan pihak pengurusan tertinggi agensi. Ketibaan beliau di pintu masuk utama Kompleks JB Sentral disambut oleh YBrs. Puan Roszita Binti Dim, Komander AKPS BSI dan YBrs. Tuan Mohd Faizal Bin Shamsudin, Timbalan Komander AKPS BSI. Program yang bermula seawal jam 4.00 pagi ini merupakan julung kali buat Dato' Sri Mohd Shuhaily untuk melihat dengan lebih jelas dan memahami tugas serta cabaran yang dihadapi oleh agensi-agensi penguatkuasaan di BSI. Acara pertama dimulakan dengan meninjau operasi pemeriksaan pengembara di Unit Pemeriksaan Keretapi JB Sentral. Seterusnya YDH CP Ketua Pengarah dibawa meninjau situasi laluan pengembara di zon pelepasan ke Woodlands bermula di dewan penumpang sehingga ke ruang menunggu bas di aras 1 BSI. Di sini beliau serta pihak pengurusan AKPS menyaksikan rutin harian pengembara yang sentiasa berulang-alik di laluan Tambak Johor untuk bekerja di Singapura serta situasi yang dihadapi oleh para petugas pada waktu puncak kesesakan awal pagi. Lawatan diteruskan dengan tinjauan terhadap situasi yang sama di zon pemeriksaan motosikal dan kereta sebelum acara diteruskan dengan taklimat di Bilik Mesyuarat Gambir. Dalam sesi ini, Dato' Sri Mohd Shuhaily telah diperkenalkan kepada semua agensi penguatkuasaan yang beroperasi di sini dan diberi penerangan mengenai latar belakang pengurusan BSI melalui pembentangan oleh pihak pengurusan bangunan. Seusai taklimat, acara diteruskan dengan sesi
𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐀𝐍𝐃 𝐆𝐑𝐄𝐄𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐍𝐃𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐊𝐄 𝐊𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐊𝐒 𝐂𝐈𝐐 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐊𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐁𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 JOHOR BAHRU - Pada 14 Julai 2025, AKPS Bangunan Sultan Iskandar (BSI) telah menerima lawatan daripada YDH CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Bin Mohd Zain, Ketua Pengarah AKPS yang tiba bersama YBrs. Tuan Ismail Bin Mokhtar, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AKPS serta barisan pihak pengurusan tertinggi agensi. Ketibaan beliau di pintu masuk utama Kompleks JB Sentral disambut oleh YBrs. Puan Roszita Binti Dim, Komander AKPS BSI dan YBrs. Tuan Mohd Faizal Bin Shamsudin, Timbalan Komander AKPS BSI. Program yang bermula seawal jam 4.00 pagi ini merupakan julung kali buat Dato' Sri Mohd Shuhaily untuk melihat dengan lebih jelas dan memahami tugas serta cabaran yang dihadapi oleh agensi-agensi penguatkuasaan di BSI. Acara pertama dimulakan dengan meninjau operasi pemeriksaan pengembara di Unit Pemeriksaan Keretapi JB Sentral. Seterusnya YDH CP Ketua Pengarah dibawa meninjau situasi laluan pengembara di zon pelepasan ke Woodlands bermula di dewan penumpang sehingga ke ruang menunggu bas di aras 1 BSI. Di sini beliau serta pihak pengurusan AKPS menyaksikan rutin harian pengembara yang sentiasa berulang-alik di laluan Tambak Johor untuk bekerja di Singapura serta situasi yang dihadapi oleh para petugas pada waktu puncak kesesakan awal pagi. Lawatan diteruskan dengan tinjauan terhadap situasi yang sama di zon pemeriksaan motosikal dan kereta sebelum acara diteruskan dengan taklimat di Bilik Mesyuarat Gambir. Dalam sesi ini, Dato' Sri Mohd Shuhaily telah diperkenalkan kepada semua agensi penguatkuasaan yang beroperasi di sini dan diberi penerangan mengenai latar belakang pengurusan BSI melalui pembentangan oleh pihak pengurusan bangunan. Seusai taklimat, acara diteruskan dengan sesi "Meet And Greet" bertempat di Dewan Selasih di mana warga kerja daripada pelbagai agensi penguatkuasaan di BSI berpeluang untuk bersemuka dengan YDH CP Ketua Pengarah. Dalam sesi yang berlangsung selama 2 jam ini, beliau menekankan akan kepentingan tugas pegawai-pegawai yang menjaga pintu masuk negara daripada dibolosi oleh individu atau pihak yang berpotensi mengancam keselamatan rakyat dan negara. Para peserta sesi turut berpeluang untuk berinteraksi dengan mengemukakan isu-isu berkaitan kebajikan serta pengurusan sumber manusia setelah bernaung di bawah AKPS. Lawatan tapak disambung kembali dengan tinjauan di kompleks import BSI sebelum program direhatkan pada jam 12.00 tengah hari. Pada sebelah petang pula, Dato' Sri Mohd Shuhaily serta rombongan dibawa melawat Terminal Feri Pasir Gudang dan Pelabuhan Johor untuk sesi seumpama bersama warga AKPS di sana. Kompleks CIQ Bangunan Sultan Iskandar, Johor bukan sahaja merupakan pintu masuk antarabangsa tersibuk dalam negara tetapi juga direkodkan sebagai pintu masuk darat tersibuk di dunia. Jumlah aliran pengembara yang menghampiri angka 400 ribu dalam sehari sudah pasti memerlukan kerjasama strategik setiap agensi dalam memastikan kesepaduan operasi yang berkesan. Nasihat yang disampaikan oleh Dato' Sri Mohd Shuhaily tentang keserasian serta cakna akan peranan serta tugas di kalangan agensi penguatkuasaan di sini diharap dapat membudayakan amalan kerjasama pelbagai agensi dalam satu pasukan secara berterusan. #AKPS #AKPSBSI #MyBorderControl #MalaysiaMadani #KDN_TogetherWeAreOne #KeselamatanTanggungjawabBersama #sempadanterpeliharanegaramakmurdanmaju

About