@501awani: Hari ini 837 tahun yang lalu, Salahuddin al-Ayyubi berjaya membebaskan Baitulmaqdis. Kali pertama Baitulmaqdis berada di bawah kuasa Islam adalah pada tahun 638 ketika era Saidina Umar al-Khattab RA & kekal selama 4 abad, dari tangan Arab ke Seljuk kemudian Fatimiyyah, sebelum dirampas Kristian pada 1099 dalam Perang Salib I. Kekuatan dunia Islam kembali disatukan bawah kepimpinan Salahuddin al-Ayyubi, Sultan Ayyubiyah yang berjaya menundukkan tentangan tentera Salib dalam kemaraannya menuju Baitulmaqdis. Kemenangan di Hattin pada Julai 1187 menjadi titik perubahannya. Selepas satu persatu kota sekitar Levant/al-Mashriq ditawan, Salahuddin tiba di Baitulmaqdis & mula mengepung kota suci itu pada 20 September 1187. Selama beberapa hari serangan dilancarkan namun pertahanan Kristian sukar dipecahkan. Menyedari kesilapan taktikal yang dilakukan, Salahuddin mengubah kedudukan angkatannya ke timur pada 25 September. Serangan dari situ berjaya melemahkan lawan hingga pemimpin pertahanan Kristian kota itu, Balian Ibelin keluar untuk berunding. Akhirnya pihak Kristian menyerah kalah & Salahuddin menjanjikan keselamatan untuk mereka keluar & berhijrah ke Tyre (kota di Levant yang masih dikuasai Kristian), namun tentera Salib dijadikan tawanan atau boleh bebas dengan bayaran tebusan. Tanggal 2 Oktober 1187 bersamaan 27 Rejab 583H, di hari ulang tahun peristiwa Isra’ Mikraj, Salahuddin melangkah masuk ke dalam kota Baitulmaqdis buat kali pertama. Segala artifak Kristian di dalam Masjid al-Aqsa dialihkan & masjid suci itu dibersihkan. Permaidani dihampar, wangian dipercik ke segenap sudut & mimbar yang dibuat atas perintah Nur ad-Din (Emir Syria Empayar Zengid yang juga guru Salahuddin yang bercita-cita untuk menawan kota itu namun tak kesampaian) didirikan. Akhirnya azan berkumandang semula di kota suci itu, menandakan secara rasmi pentadbiran Islam kembali ke Baitulmaqdis selepas 88 tahun dipegang Kristian. *Gambar hiasan. Sumber: World History Encyclopedia #PeristiwaHariIni
🇲🇾Astro AWANI🇲🇾
Region: MY
Wednesday 02 October 2024 01:35:13 GMT
Music
Download
Comments
🇲🇾 حازم جوزي 🇲🇾 :
One day
2024-10-02 05:17:36
0
MyMarbleMeow@Dayang :
soon...inshallah 🤲🤲🤲
2024-10-02 07:49:24
0
MrBraga :
akan dapat kemabali kali ni...janji Allah itu pasti
2024-10-02 08:14:58
19
💫iranatt🇲🇾♥️🇵🇸 :
soon, janji Allah swt akan berlaku🙏
2024-10-02 06:49:50
154
hailey🇵🇸 :
xsabar nye al aqsa merdeka 🤲
2024-10-02 13:34:29
27
Hj Shah :
pembebasan kali kedua inssyallah kembali nt
2024-10-02 06:51:47
74
renyahgurih :
sesungguhnya alquran itu benar dan tiada keraguan
2024-10-02 07:28:11
105
halalbeauty :
innalillahiwainnailaihirojiun
2024-10-02 03:17:17
9
Hani.H Jan Anavua :
Janji ALLAH SWT itu pasti tepat pada waktu nya Kun faya kun aamiin in syaa Allah 🤲💚
2024-10-02 07:49:13
23
. :
pembebasan akan kembali
2024-10-02 09:46:14
14
Rohida Isa :
Allahuakhbar Allahuakhbar Allahuakhbar
2024-10-02 05:36:20
7
rbbyyan :
semakin dekat
2024-10-02 08:29:10
4
Along Yati 🇲🇾❤️🇵🇸 :
InsyaAllah...Kemenangan sudah semakin dekat Dan kemenangan ini milik seluruh Umat Islam di muka bumi ini...Allahuakbar...Aamiin 🤲🏼🤲🏼🤲🏼❤️🇵🇸
2024-10-02 12:10:31
2
Arshaddeen :
Hasbunallah wanikmalwakel.... ☝️... Allahuakbar... ☝️
2024-10-02 07:35:47
4
Isma Hazril :
cerita macam kena banyak agar kita tau sejarah islam kita.💪..agar timbul kita kena jaga Al aqsa.tengok sekarang sedih
2024-10-03 02:15:31
3
MAJINGGA🇲🇾❤️🇵🇸 :
Allahuakbar
2024-10-02 06:36:04
3
Duniaakhirzaman :
rapatkan saf inshaallah
2024-10-02 17:02:44
2
Fatimah Rakawi :
اللەاکبر
2024-12-30 03:10:17
1
❤️ C H E R A A :
hasbunallah wanikmal wakil ☝🏻
2024-10-04 00:25:44
1
Abey Ultraman 😊🇲🇾🇵🇸 :
ia benar-benar terjadi apa yg di katakan sblm ini sudah terlihat hari demi hari kita hnya ingin melihat bersama demi kemenangan itu.😊🤲🏻
2024-10-02 23:10:13
1
AMIN STAR :
Semoga Allah s.w.t menyatukan kita semua
2024-10-02 21:55:38
1
Majidah Ismail297 :
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar
2024-10-02 09:44:38
1
MatZam13 :
InsyaAllah janji Allah pasti...
2024-10-02 07:48:08
1
QueShop123 :
اللهم صل على محمد وآل محمد
2024-10-02 07:29:02
1
Terbaik dari Ladang :
Insya Allah
2024-10-02 06:58:08
1
To see more videos from user @501awani, please go to the Tikwm
homepage.