@ukmtiktok: Bersempena dengan penutup Minggu Apresiasi Watan 2024/2025, mahasiswa mahasiswi baharu UKM menunjukkan bakat masing-masing dengan membuat persembahan kebudayaan seperti sketsa, nyanyian, tarian, dikir barat, boria dan mainan alat muzik pada Program Raikan Warisan Watan Gemilang. Program yang diadakan di DECTAR UKM ini turut menampilkan persembahan daripada barisan kepengetuaan yang menyampaikan lagu Malam Ini Kita Punya, manakala Dekan-dekan fakulti dan Pengarah-pengarah institut menyumbangkan lagu Pesan Abang. Pengurusan tertinggi UKM yang diketuai oleh Naib Canselor, Prof. Dato’ Gs Ts Dr Mohd Ekhwan Hj Toriman tidak melepaskan peluang menunjukkan bakat masing-masing dengan persembahan Zapin Usik Mengusik sebelum DECTAR UKM gamat dengan nyanyian lagu Saya Anak Malaysia dan Jalur Gemilang oleh semua hadirin sebagai penutup majlis. Raikan Warisan Watan Gemilang ini merupakan program kemuncak Minggu Apresiasi Watan sesi akademik 2024/2025 dan diakhiri dengan Perang DECTAR. Turut sama memeriahkan program ini adalah Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Dato' Dr. Mohd Zaidi Md Zain @ Zakaria; Timbalan-timbalan Naib Canselor, Ketua Pustakawan, Pro-pro Naib Canselor UKM, Dekan-dekan dan Pengarah-pengarah Institut/Pusat. #MAW20242025 #UniversitiWatanKita #IlmuMutuBudi #UKM #UKMSharing
Universiti Kebangsaan Malaysia
Region: MY
Friday 04 October 2024 15:36:08 GMT
Music
Download
Comments
Skal’ coffee :
Menyala ukm🔥
2024-10-06 20:26:02
0
🔰mama gojes🔰 :
Rindunya UKM.
2024-10-05 10:00:44
6
Dr. Z. :
Tahniah varsitiku UKM 🥰🥰🥰
2024-11-12 08:36:18
0
enanana :
Rindu UKM
2024-12-03 08:43:26
0
Finztikitok :
Ada ke lagi tradisi payung UKM?
2024-10-10 09:18:50
1
Noora Ishak :
🤩🤩🤩🤩bestnya
2024-10-05 00:58:23
0
soft.piaaa :
UKM 🔛🔝
2024-10-04 16:13:46
13
yan.na :
Lain macam vibes orientasi ipta2 tahun ni
2024-10-05 14:29:25
1
Sya :
Hebat aa UKM 👍
2024-10-10 09:10:13
0
ctkdsulaiman :
rindunya zaman blja ukm...ambil kebudayaan tarian..
2024-10-05 10:27:17
2
ARVIN PARTHEYBAN :
🥰
2024-11-26 02:17:50
0
faridahaziz92 :
🥰🥰🥰😁
2024-10-07 08:31:14
0
hassaniskandar43 :
😄
2024-10-05 16:24:55
0
Eynaaza :
nampak abe di @Dato Zaidi Zain
2024-10-05 15:44:43
0
lindahasnor :
🥰
2024-10-05 08:20:57
0
casadelasmates :
🙌🙌🙌
2024-10-04 17:15:36
0
To see more videos from user @ukmtiktok, please go to the Tikwm
homepage.