@rozmalmalakan: Seorang Ahli Parlimen kerajaan, membantah pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 berikutan menelan belanja besar dan bukan keperluan mendesak untuk rakyat. Perkara itu disuarakan Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui yang berpendirian kerajaan perlu membuat kajian lanjut bagi melaksanakan program mengikut keperluan dan berimpak tinggi yang lebih memberi manfaat kepada keseluruhan rakyat. "Saya berdiri hari ini dengan pendirian yang jelas, iaitu saya membantah cadangan untuk melaksanakan semula PLKN atas beberapa sebab yang akan saya jelaskan. "Pertama, PLKN memerlukan peruntukan sangat besar. Dalam keadaan ekonomi sekarang, negara kita masih berhadapan dengan masalah kewangan. "Kita masih berada dalam proses pemulihan pasca-pandemik, dengan kos sara hidup yang tinggi dan rakyat berdepan tekanan inflasi. "Tidakkah dana yang diperuntukkan untuk PLKN lebih baik dialihkan kepada sektor kritikal seperti pendidikan, kesihatan dan pemerkasaan ekonomi rakyat? Adakah program ini satu keperluan mendesak pada masa ini?" katanya pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat hari ini. "Sejak awal, PLKN diperkenalkan untuk membina semangat patriotisme, disiplin dan perpaduan dalam kalangan belia. "Namun, apakah ada kajian mendalam benar-benar menunjukkan keberkesanan PLKN dan pencapaian matlamat asalnya "Ini menimbulkan kebimbangan sama ada PLKN benar-benar memberikan nilai tambah kepada belia atau sekadar menjadi program rutin tanpa perubahan yang signifikan," katanya. Katanya, walaupun sasaran utama PLKN 3.0 adalah pelajar yang baru menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), namun tidak mengecualikan pelajar serta graduan universiti. "Apa yang ingin saya nyatakan ialah golongan belia di bawah umur 35 tahun ini kebanyakannya masih berada dalam fasa pengajian, malah ada yang sudah menamatkan pengajian di universiti dan bekerja di alam pekerjaan, bahkan ada yang sudah berkeluarga. "Jika sebahagian daripada golongan ini menyertai PLKN, walaupun hanya untuk tempoh dua bulan, ia mungkin memberi kesan besar kepada kehidupan mereka. "Ketiadaan pendapatan selama dua bulan bermakna tiada gaji untuk tempoh tersebut, sedangkan ramai antara mereka perlu menanggung kos kehidupan seperti bayaran pinjaman rumah, kereta dan perbelanjaan untuk anak-anak. "Bagi sesetengah penuntut pula, mereka mungkin memilih untuk bekerja sambilan pada cuti semester untuk menampung kos pengajian. "Jika tujuannya untuk melahirkan belia yang lebih berdisiplin dan patriotik, mengapa kita tidak fokus kepada program lebih holistik, yang melibatkan komuniti, pendidikan formal dan bukan formal? "Kita mempunyai program sedia ada seperti Rakan Muda, program sukarelawan dan pelbagai inisiatif di sekolah dan universiti yang boleh diperbaiki serta diperluas untuk membina nilai-nilai yang sama tanpa membebankan belanjawan negara. Disiarkan pada: Oktober 29, 2024 https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1149563/ahli-parlimen-kerajaan-bantah-pelaksanaan-plkn-30

Rozmal bin Malakan
Rozmal bin Malakan
Open In TikTok:
Region: MY
Tuesday 29 October 2024 10:35:31 GMT
125835
1492
1150
245

Music

Download

Comments

sr027_lat
Shaiful027 :
sebenar PLKN yg diwujudkan saat ini hanya seperti hendak menyeleweng dana sahaja bukan hendak membantu rakyat pun
2024-10-29 11:10:51
347
tudungsukanibugarangori
yaya'nnn :
sokong 100%...hanya 1 pembaziran...
2024-10-31 08:54:38
0
ironmask71
ironmask71 :
Ke Mana Hala Tuju PLKN, Setalah Tamat Latihan...??? Ada Kerjaya Ke...???
2024-10-29 10:58:23
88
kw92145
kw :
SYABAS mp raub !!memang benar dan tepat sekali. Harap lebih ramai mp2 yg berani bersuara. Jgn menjadi boneka kjaan. Jlnkan tugas anda dgn integrity tinggi.
2024-10-29 13:59:01
130
user61743395818728
user61743395818728 :
Aku setuju dengan ahli parlimen ni
2024-10-29 10:51:21
114
mantoya831
mantoya :
SAYA HARAP HANTAR SEMUA MENTERI KE PLKN BARU BETUL
2024-11-01 14:13:40
0
user2128430842616
user2128430842616 :
ya setuju pakat ramai-ramai bantah PLKN ni membazir saja tak kena pada masanya. kata hutang negara bertimbun lagi nak buang duit kat situ.
2024-10-29 11:00:46
93
speedmirza
roslan mb :
apa kebaikan plkn 000 semuanya hanya pembaziran duit rakyat
2024-10-29 11:04:42
115
mdlie76
Tankies76 :
Suatu pembaziran duit rakyat.. yg untung kroni2 dgn tender2..
2024-10-29 11:44:19
155
chompandchatter
ChompAndChatter :
Kerajaan harus membelanjakan wang untuk hospital dan menyediakan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik
2024-10-29 11:33:54
56
papagorgon8
papagorgon :
ya btl Tu sy turut bersetuju dgn MP Raub. Kos sgt tggi memandangkan dgn keadaan skrg ni rakyat hidup susah baik Kos tersebut mebantu rakyat yg memerlukan
2024-10-29 15:23:09
10
saizi357
saizi :
uiiihhh..apasal bantah..negara kita kan ekonomi positif..sedang rancak ..kdnk naik... pelabur masuk..ape la sangat kalau nk buat plkn 3.0
2024-10-29 14:10:35
4
abdul.rahim.zaina
AR Zainal :
Betul juga, tak ada mendatangkan kebaikan pun, belanja besar..., tumpukan kepada Ekonomi Negara dan Rakyat terlebih dahulu, - ada kan semula Pelajaran Civic di Sekolah lagi bermanfaat 😏
2024-10-29 11:35:46
1
mirmeermir
Mir meer Mir :
tak perlu pn PLKN, buat arahan wajib khidmatan tentera selama 2 tahun kpd remaja berumur 18 thn ke atas, dh tamat khidmatan 2 tahun,atm menawar mrk utk berkhidmatan tetap jika mrk berminat.
2024-10-29 19:49:44
31
akudansesuatu50
AkuDanLagu :
menteri2 tu dulu di daftar masuk PLKN.bgi jati diri.buat kjer yg diamanahkan..
2024-10-29 13:53:00
8
sya_farin87mlk
Sya_Farin@Msbc87 :
kalau plkn bermanfaat baik selepas tamat latihan plkn semua yg menyertai plkn diserapkan ke agensi2 yg sepatutnnya seperti pdrm,tentera & dll..
2024-10-29 13:10:55
8
nicklex78
Loser :
bkn tak nk PLKN, tp mmg tekanan hidup lg tinggi sampai mencekik
2024-10-29 10:44:36
63
keriii32
shukri :
SETUJU.PEMBAZIRAN BESAR
2024-10-29 11:13:04
102
_pakciksuper_
_pak cik super_⚡ :
betul jugak tu klau dipikirkan, bazir mase je, tp klau hbis PLKN terus serap ke jabatan bomba okey jugak..
2024-10-29 14:05:23
10
sakabiru.76
cowboy man :
PLKN yg dulu pun banyak membazir...last2 aset sume jual balik....bas PLKN dah jadi bas kilang dah kot
2024-10-29 13:27:48
2
zulkhplinayan
kanda :
Kena jalankan terus PLKn.. mendidik untuk persediaan..
2024-10-29 11:41:19
12
user2173861768179
user2173861768179 :
buat apa nak bantah PLKN Tu kerajaan dah luluskan teruskan ajah ini Adalah pelajaran untuk anak2 Kita bagaimana nak berhadapan dgn musuh negara terutama DLM hal peperangan manalah tau ada peperangan.
2024-10-29 22:44:44
2
ibrahimmuokamal
ibrahimmuokamal :
yg ni aku setuju pandangan raub,plkn mesti di batalkan,pengusaha bertambah kaya,kewangan pembayar cukai pasti terbeban,batalkan
2024-10-29 13:19:37
19
encik633
Encik :
tak kemana selepas tamat latihan..bagus lagi buka peluang pekerjaan...banyak lagi belia kita yang menganggur....
2024-10-29 12:23:05
36
2401embun
BAYAN BUDIMAN :
ya nie Aku SETUJU...Program tu sekadar nak syarikat tertentu buat duit. xda apa2 faedah pun .MEMBAZIR..tgk la apa yg berlaku dulu..Nilaikan...
2024-10-29 11:20:04
2
To see more videos from user @rozmalmalakan, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About