@ella_l0oki: 14in1 Outdoor Tool. Product Link in the Comments!

Ella
Ella
Open In TikTok:
Region: US
Sunday 22 December 2024 17:00:00 GMT
1
0
0
0

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @ella_l0oki, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

Hari ini 15 tahun yang lalu, Wikileaks mendedahkan 391,832 dokumen rahsia Tentera AS berkenaan perang di Iraq. Pada Jumaat, 5 petang, 22 Oktober 2010, WikiLeaks, digerakkan Julian Assange (gambar), memberi akses awal kepada dokumen terbabit kepada beberapa organisasi media antaranya Al Jazeera, The New York Times, akhbar Perancis Le Monde, The Guardian & majalah Jerman Der Spiegel. Pendedahan itu menunjukkan angka korban di Iraq dari 1 Januari 2004 - 31 Disember 2009 adalah 109,032 nyawa & 66,081 daripadanya adalah orang awam. Ia menambah lagi 15,000 korban orang awam yang tak dilaporkan kerajaan AS. Ada kematian orang awam yang diklasifikasikan sebagai ‘korban musuh’, seperti serangan udara Baghdad pada 2007 yang membunuh 2 orang jurnalis Reuters serta beberapa orang lagi yang dianggap bersenjata & dikira sebagai pemberontak. Beberapa dokumen menceritakan bagaimana hampir 700 orang awam dibunuh tentera AS kerana mendekati 'checkpoint' di sempadan, termasuk wanita hamil. Sekitar 6 insiden melibatkan lelaki Iran cuba membawa ahli keluarga mereka yang hamil ke hospital. Selain itu turut dilaporkan aktiviti penyeksaan, rogol & pembunuhan orang awam yang berterusan, walau selepas insiden penderaan tahanan penjara Abu Ghraib didedahkan pada 2004. Semuanya tak disiasat oleh pihak berkuasa AS. Dokumen itu turut mendedahkan penglibatan Iran, melalui angkatan bersenjata Quds mereka sendiri serta menerusi latihan & bekalan senjata yang diberikan kepada pemberontak Syiah Iraq, di utara Iraq di mana ketegangan Kurd-Arab bertumpu. Sebagai respon, Pentagon menegaskan bahawa dokumen yang didedahkan Wikileaks itu tak menceritakan keseluruhannya, malah khuatir pendedahan maklumat rahsia berkenaan boleh ‘menyebabkan tentera AS menjadi lebih terdedah kepada serangan di masa mendatang’. Wikileaks tak pernah menamakan sumber yang menyerahkan dokumen rahsia terbabit, namun penganalisis risikan Tentera AS bernama Bradley Manning ditahan kerana didakwa bertanggungjawab atas kebocoran itu. Sumber: CNN, BBC, NPR, Edexlive #PeristiwaHariIni

About