@projekkomunitikita: Masih ingat dengan Puan Zu dari Desa Mentari? Ya, betul. Seorang ibu tunggal yang ditinggalkan suami terkontang kanting membesarkan 4 orang anak & seorang ibu yang uzur dengan sakit buah pinggang tahap kronik. Di samping itu, dia sendiri juga tidak berapa sihat. Paru-paru hanya tinggal 40% fungsinya, berserta sakit kencing manis & beberapa lagi masalah kesihatan. Keadaan kesihatan Puan Zu yang tidak stabil adakalanya membuatkan dia terpaksa ditahan di wad hospital. Akibatnya, dua daripada empat orang anaknya terpaksa berhenti sekolah atas sebab nak jaga sang emak dan kerana terhimpit dengan masalah ekonomi yang lain seperti tidak cukup duit tambang & belanja sekolah. Puan Zu ini juga tidak mampu bekerja sepenuh masa kerana kesihatan tidak mengizinkan. Hanya kerja-kerja ringan yang boleh dibuat di rumah mampu dia lakukan seperti menyusun & memasang skru yang juga sebenarnya amat merbahaya untuk dirinya yang bergejala diabetis kerana dia tidak boleh luka-luka. Pendapatan keluarga hanya datang daripada gaji anak sulungnya yang buat dua-tiga kerja dalam satu nasa namun masih tidak mencukupi. Puan Zu tidak pernah mendapat sebarang bantuan daripada mana-mana pihak berwajib. Walaupun pihak Zakat dah datang untuk memeriksa keluarga Puan Zu selepas menerima laporan kes daripada kami, Puan Zu sekeluarga masih belum disahkan boleh terima bantuan. Pihak Zakat juga minta Puan Zu sekolahkan semula anak-anaknya jika mahu bantuan diberikan. Jadi haritu kami ke sana lagi dan berkesempatan bertemu dua orang anak Puan Zu yang berdepan masalah keciciran pelajaran. Seorang remaja lelaki yang sepatutnya di Tingkatan 5 dan adik perempuannya di Tingkatan 4. Mereka pun dah bagitau kami aliran apa yang mereka nak ambil bila sambung semula belajar nanti. Kedua-duanya minat dengan kursus TVET. Yang abang nak buat kursus elektrikal atau welding dan si adik minat sangat nak buat kursus kulinari. Pada ketika ini, proses menyekolahkan semula anak-anak Puan Zu ini ialah salah satu daripada prioriti kami di Projek Komuniti Kita. Kami kena juga bantu merayu kemasukan ke Tahun 1 sesi 2025 untuk anak bongsu Puan Zu kerana sewaktu sesi pendaftaran online yang dibuka tahun lepas beliau sedang terlantar di hospital. Oleh sebab itu, dia tak sempat membuat pendaftaran tepat pada masa yang ditetapkan. Nampaknya banyak yang kita boleh pelajari & ambil iktibar daripada kes Puan Zu ini namun yang paling utamanya ialah kebajikan & akses kepada pelajaran adalah paling utama untuk ditangani buat masa ini. #MahathirMohamad #NajibRazak #MuhyiddinYassin #IsmailSabri #AnwarIbrahim #Malaysia #ProjekKomunitiKita #DemiNegara #PasukanDemiNegara #TeamDemiNegara #SinggahTeduh #YBViral #DayangkuIntan #AnasJalil #makibanolivia #DariMalaya #izwan9426 #cheshahanizam
PROJEK KOMUNITI KITA
Region: MY
Monday 20 January 2025 08:02:28 GMT
Music
Download
Comments
There are no more comments for this video.
To see more videos from user @projekkomunitikita, please go to the Tikwm
homepage.