@mbpp_official: PROGRAM IKHLAS RAMADAN @BAZAR RAMADAN JALAN MAHKAMAH 10 Mac 2025 Majlis Bandaraya Pulau Pinang merakamkan jutaan terima kasih kepada semua orang awam yang telah memberikan kerjasama dan sokongan sepenuhnya program Pengumpulan Minyak Masak Terpakai di Bazaar Ramadan, Jalan Mahkamah Bayan Lepas, petang semalam (9 Mac 2025). Program yang diberi tema Ikhlas Ramadan anjuran Gas Petronas dengan kerjasama Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah berjaya mencatatkan jumlah kutipan minyak masak terpakai yang memberangsangkan iaitu 371.05kg dalam tempoh 3 jam. Pada program yang sama,YBhg. Dato’ Ir. Rajendran a/l P. Anthony, Datuk Bandar bersama barisan jemaah Ahli Majlis, Setiausaha Bandaraya dan ketua-ketua jabatan turut mengadakan sesi “walkabout” bertemu para peniaga di Bazar Ramadan yang terbesar di bahagian pulau, Pulau Pinang. Pihak Petronas yang diwakili YBrs. Puan Harlina Pikri (Ketua, Bahagian Strategi & Kelestarian) Encik Nadjme Yusuf (Pengurus Kanan, Jabatan Kelestarian, Bahagian Strategi & Kelestarian, PDB) dan Puan Sharifah Dalila Syed Idrus (Pengurus, Kelestarian) serta para pegawai syarikat terkemuka itu turut menyertai “walkabout” ini dengan menyumbang apron kepada para peniaga.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang
Majlis Bandaraya Pulau Pinang
Open In TikTok:
Region: MY
Friday 14 March 2025 07:39:31 GMT
909
8
1
2

Music

Download

Comments

syazwan_png77
Syazwan°Png ⁷⁷♣️♦️I|I :
😁
2025-04-12 08:55:56
0
To see more videos from user @mbpp_official, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About