@utemeducation: Berita membanggakan buat kita semua. Dengan penuh sukacita, dimaklumkan bahawa Kadar Bekerja Graduan (Graduate Employment- GE) UTeM bagi 2024 telah mencatatkan angka peningkatan iaitu sebanyak 97.9% manakala Kadar Kebolehpasaran Graduan (Graduate Marketability-GM) UTeM 2024 ialah sebanyak 98.1%. Lebih membanggakan lagi, pencapaian untuk GM ini telah melepasi sasaran nasional GM yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) iaitu 86.4%, sekali gus membuktikan keunggulan UTeM sebagai institusi yang melahirkan graduan berdaya saing, berkualiti tinggi dan diyakini oleh industri. Ini adalah hasil daripada usaha kolektif yang luar biasa, dedikasi yang tidak berbelah bahagi, serta semangat yang tinggi seluruh warga UTeM dalam memastikan graduan kita sentiasa bersedia menghadapi dunia sebenar, relevan dengan keperluan semasa dan diyakini sebagai aset bernilai kepada negara. Seluruh warga UTeM amat berbangga dan terharu dengan pencapaian ini. Tahniah dan syabas kepada semua yang terus komited dalam menjulang nama UTeM di persada kecemerlangan. Kita terus mara sebagai universiti teknikal unggul, menjulang kecemerlangan TVET dan mengorak langkah ke arah masa depan yang lebih gemilang. UTeM Terus Maju Bersama! #myUTeM #UTeM #KebolehpasaranGraduan #GE2024 #GM2024 #UTeMHebat #GraduanBerdayaSaing #UTeMMendepaniMasaHadapan #profmass #vcutem2025 #UTeMKitaCaraKita #menjajaruniversitimelonjakkehadapan

UTeM Education
UTeM Education
Open In TikTok:
Region: MY
Friday 11 April 2025 04:43:36 GMT
3594
44
2
10

Music

Download

Comments

juvenile617
juvenile :
boleh cayo keni?
2025-04-11 06:03:42
1
To see more videos from user @utemeducation, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About