@lela_rentaka36: 3 Mac 1946 merupakan detik hitam bagi orang Melayu di Sumatera Timur. Ia juga menjadi titik tolak orang Melayu Semenanjung menolak untuk sertai gagasan Indonesia. Dalam satu malam sahaja, sultan-sultan di beberapa negeri dibunuh dengan kejam oleh puak pro-komunis yang dibantu oleh buruh ladang dari keturunan pendatang luar. Peristiwa bermula menjelang tahun 1946 di mana keadaan politik di Sumatera Timur menjadi panas apabila kumpulan pro-komunis mula kuasai parti politik dan juga membentuk askar bersenjata iaitu Parti Komunis Indonesia. Akibat jarak dan kegagalan Sukarno berhubung dengan sultan-sultan Melayu di Sumatera bagi mendapatkan kepastian dalam pernyataan sokongan kemerdekaan dari Belanda, Timbalan Gabenor Sumatera, Amir Syarifuddin tiba di Serdang dalam negeri Asahan dan hasut para penyokong komunis supaya hapuskan kuasa sultan dan bangsawan di istana mereka di Serdang. Secara rahsia, pihak komunis mempersiapkan rancangan untuk hapuskan monarki kerajaan Melayu dan ingin mengambil alih pemerintahan kerajaan. Mereka buat propaganda di akhbar, radio dan risalah serta isu-isu fitnah palsu untuk hasut rakyat dengan laungan ‘Daulat Rakyat’ bagi melawan laungan ‘Daulat Tuanku’. Selain itu, isu bahawa Raja-Raja Melayu ada hubungan baik dengan Belanda dimainkan kononnya pihak istana menindas rakyat. Muslihat ini dilakukan setelah Gabenor Sumatera, Tengku Muhammad Hassan beserta rombongan dengan 7 buah kereta bertolak dari Medan pada 6 Februari 1946 menuju ke Sumatera Selatan, dan mengikut rancangan, akan kembali ke Medan pada 22 Mac 1946 Tibanya detik 3 Mac 1946, tepat jam 12 malam secara serentak, orang ramai yang kebanyakan rakyat pendatang dipimpin oleh orang-orang komunis kiri PKI mengajak bersama-sama menyerbu istana dan pejabat kerajaan Melayu dan umumkan bahawa kerajaan Melayu dah dihapuskan oleh rakyat Indonesia. Pembunuhan terhadap kerabat-kerabat raja dilakukan secara besar-besaran dengan ada yang dibenamkan di laut, dipotong kepala mereka, ditanam hidup-hidup dan berbagai pembunuhan sadis yang lain dilakukan oleh orang ramai yang pro-komunis yang dipimpin Parti Komunis Indonesia. Penyerbuan itu merupakan tragedi buat Sultan Bidar Alam Syah IV di negeri Bilah, Sultan Mahmud Aman Gagar Alam Syah di negeri Panai dan Tengku Mustafa yang digelar Yang Dipertuan Besar Makmur Perkasa Alam Syah di negeri Kota Pinang, Kesultanan Serdang Asahan di Tanjung Balai, Kesultanan Deli di Medan serta kerajaan Melayu Yang Dipertuan Tengku Al Haji Muhammad Syah di Labuhan Batu. Kesemua sultan ini mangkat dibunuh. Istana Sultan Langkat di Tanjung Pura dan di Kota Binjai diserbu dan dirompak. Kerabat raja-raja Melayu Langkat ditangkap dan sebahagian besar dibunuh dengan kejam. Lebih kejam, puteri-puteri Sultan Langkat diperkosa di depan mata baginda Sultan Langkat, dan putera mahkota yang masih muda menghilangkan diri. Kerabat-kerabat sultan di negeri Asahan dibunuh kesemuanya termasuk isteri Tengku Musa dan anaknya. Dalam masa beberapa hari, 140 orang yang dikenalpasti sebagai kerabat raja yang memakai nama Tengku, Wan dan Raja mati dibunuh dengan kejam di Asahan sahaja. Orang Melayu hampir kehilangan identiti mereka. Mereka takut mengaku Melayu, takut pakai baju Melayu dan tambah gelaran Batak di depan nama. Mereka hilangkan gelaran Tengku atau Wan kerana takut dicaci sebagai kerabat raja. #melayuhistory #tanahmelayu #bangsaperang
LeLa_ReNtAkA
Region: MY
Friday 09 May 2025 05:57:44 GMT
Music
Download
Comments
MoyuE :
tebak suku
2025-08-26 01:08:33
1
Badli Shah :
Rajin admin ngerat video yak. Mekasihlah
2025-07-13 09:36:02
17
airulsaleh922 :
misalan kata jika runtuhnya nkri, kepulauan Sumatra, riau & Kalimantan sertai Malaysia bolehkah ditabalkan semula waris kesultanan di setiap negeri2 spt asal?
2025-05-09 07:54:14
7
Ujang anak Kundor :
masih ada lagi kerabat raja yang terselamat di sana cuma mereka tidak lagi menggunakan sistem beraja sebab pengaruh belanda terlalu kuat
2025-05-10 05:42:32
4
Tujuan PKi dia sahaja nak jadi sultan
2025-10-08 03:29:16
0
SepI seoRang PerIndU :
macam mana nak tahu ya, keturunan2 raja dari pagaruyung yg lari ke semenanjung. hnya inginkan info....
2025-05-12 11:16:17
1
Rainzarah88 :
ada musuh Dalam selimut..menjadi Mata Mata penjajah..
2025-05-09 06:04:50
5
Jalalluwa :
Alfateha buat Raja Raja Melayu dari mersik sampai ke magrib
2025-05-12 08:42:52
9
JAD€N MiLL€R :
Hokage pertama konoha hati x suci
2025-09-13 17:12:03
0
Roslirafar Rosli :
sukarno
2025-05-09 13:13:18
6
Muhammad zakwan/23🇲🇾 :
sumatera majoriti Melayu kan
2025-09-06 18:53:52
1
meor :
free 🇵🇸🇵🇸🇵🇸
2025-05-09 06:00:48
1
Charizad :
JAWA
2025-09-16 16:09:29
1
. :
🙏🏻 semoga ditempatkan di kalangan para solihin di sana ..al fatihah kpd semua
2025-06-13 18:59:22
0
jerunei lipat 7 :
semoga dicucuri rahmat keatas roh,Al-fatihah..DAULAT TUANKU..🥺🥺🥺
2025-05-23 10:07:12
0
Ibrahim Libia :
iktibar bangsa melayu kena tahu sejarah tepat dan benar
2025-05-09 15:38:18
1
☄️capt☄️ :
kejamnya
2025-09-02 08:53:19
0
cut caila zahra :
daulat tuanku,daulat sumatra
2025-09-28 14:37:53
0
Jenggood (Mohammad) :
Siapa pemicunya? Revolusi terbit bila ada satud desakan. Desakan yang terkait pada soal perut (makan minum) contohnya.
2025-05-17 01:53:47
0
Ari🇵🇸 :
salam dari lingga kepulauan riau🙏
2025-06-03 08:16:30
1
Helmi Seman :
😭😭😭😭sedih sangat
2025-08-25 09:43:43
0
Rah🀄️ :
allahu . .
2025-08-03 17:56:56
0
mi :
arahan sukarno
2025-06-10 09:02:04
0
ZESSS603 AL-Ophiri انق امق ايه :
Subhanallah
2025-05-10 05:31:58
0
Tiong :
Angkara Orang Jawa. Sukarno tubuh "Barisan harimau liar" untuk hapuskan Kesultanan dan etnik Melayu. sebab masa tu Sultan Melayu tak nak gabung dengan Republik.
2025-05-09 23:46:04
13
To see more videos from user @lela_rentaka36, please go to the Tikwm
homepage.