@inderashafri: Mengapa Nabi Isa Sentiasa Diberkati? ============= 1. Dalam Surah Maryam, Allah menceritakan kepada kita tentang kelebihan Nabi Isa yang mampu bertutur ketika masih bayi lagi. Beberapa dialog pertuturan baginda direkodkan di dalam al-Quran. Salah satunya adalah: وَجَعَلَنِي مُبَارَكًا أَيْنَ مَا كُنْتُ “Dan Allah menjadikan aku sentiasa diberkati di mana sahaja aku berada.” 2. Melalui ayat ini, Allah memberikan kepada kita gambaran bagaimana Nabi Isa ini adalah seorang lelaki yang sentiasa diberkati di mana sahaja beliau berada. Timbul persoalan di sini, apa yang membuatkan beliau sentiasa diberkati Allah setiap masa? 3. Ketika menafsirkan ayat ini, Mujahid ibn Jabr menjelaskan bahawa Nabi Isa sentiasa diberkati kerana sifatnya yang sentiasa mengajar manusia kepada kebaikan. Sifat manusia yang sentiasa memberikan manfaat kepada orang lain akan menjadikan mereka sentiasa diberkati. Mereka sentiasa dihormati, dikurniakan rezeki yang tidak disangka bahkan disayangi sekalian makhluk. 4. Atas dasar itu, al-Imam Ibn al-Qayyim menyimpulkan satu formula penting tentang erti keberkatan. Kata beliau: فإن بركة الرجل تعليمه للخير حيث حلَّ Maksudnya: “Sesungguhnya keberkatan seorang lelaki itu adalah pada sifatnya yang mendidik manusia kepada kebaikan di mana sahaja dia berada.” Bererti, mengajar manusia kebaikan adalah satu profession yang sangat diberkati. 5. Bahkan mereka yang mendidik manusia kepada kebaikan akan menerima pahala seperti orang yang melakukan kebaikan tersebut, sekalipun mereka sekadar mengajarnya sahaja. Sabda Rasulullah: من دل على خير فله مثل أجر فاعله Barangsiapa yang mengajarkan manusia kebaikan, maka dia akan menerima pahala sepertimana orang yang melakukan kebaikan tersebut (kesan dari didikannya tadi). Moga Allah menjadikan kita dikalangan mereka yang sentiasa diberkati Allah. Dr. Ahmad Sanusi Azmi #syafaatquran #alquran #quranrecitation #surahmaryam30_34 #syeikhmahmudkhalilalhusory #murattal #murattalquran #fyp
INDERASHAFRISHOP
Region: MY
Saturday 10 May 2025 23:47:48 GMT
Music
Download
Comments
𝙉𝙪𝙧𝙁𝙞𝙧𝙙𝙖𝙪𝙨 🌷 :
Ya Allah grant Him the highest ranks in jannah ❤️❤️❤️
2025-05-15 16:37:19
7
user2877873530608 :
May Allah grant him jannatul firdaws
2025-06-18 17:47:46
1
bangjib96 :
ammmin3x 🤲
2025-05-13 05:10:48
5
@eduan :
nice good
2025-05-14 02:44:38
3
Irwan Effendi :
good job 👍
2025-05-14 00:42:37
3
ⱧɆⱤɆ₮ØⱧɆ₳ⱤɎØɄ :
up up
2025-05-11 11:23:59
3
jaidimarxwan :
amin..
2025-05-18 21:30:01
2
rogayahdollah0 :
amin
2025-05-17 00:52:45
1
Abe Ziti :
Amin
2025-05-21 18:22:18
0
Msabaha :
Amin amin amin amin amin
2025-05-16 08:52:21
0
MELISA MEL 🌸 :
Saya cuma nk ckp saya dh hafal surah maryam ayat 30-34 ni. Sbb sllu dgr yg budak² Afrika kliling unggun api tu baca so saya cabar diri saya utk cuba hafal. 3 hri jer dh blh hafal Alhamdulillah.
2025-05-11 09:21:17
507
IsmaMDJ :
yg mustahil bgiku saat ini adalah punya rumah sendiri....smoga kemustahilan itu akan sirna dan brubah jd kenyataan..Aamiin
2025-05-12 22:43:18
167
user703770127967 :
Teringat Waktu nak bukak puasa dan sahur 1980an..
2025-05-11 10:22:42
168
lisniea :
ya Allah berkat surat maryam ini berilah anaku rahmat kemudahan mendapatkan pekerjaan yang baik untuk dunianya dan akhiratnya
2025-05-11 13:12:52
104
elpi945 :
ngk tau kenapa kalo denger surat ini hati terasa seneng, tenang ,ayem ,adem... nggk bosan2 dengerin.
2025-05-11 07:26:09
105
lily Chong 🌸 :
sya mualaf tpi sya suka ni surah.. dah hafal 2 perengan
2025-05-15 00:52:30
65
Awang Selamat :
Suara yg dikumandangkan di corong2 media tahun 90an
2025-05-11 06:35:54
126
annissaportsantai :
sy hafal dlm 3 buln sblom hafal sy sllu angan2 nk ada tanh nk buat kdai sndri x perlu dh sy mnyewa.lgsg x terfikir dn muskil sy bolh bli sbb luar klmpuan .sjk sy aml kn surh maryam ni allmdllah hmpir2 dh nk bolh bli.cukop bksan surah ni btol dgn mkna dia
2025-05-13 00:16:00
48
ita :
YA ALLAH PERMUDAHKAN LAH SEGALA URUSAN DUNIA AKHIRAT KAMI HAMBA2 MU UMAT NABI MUHAMMAD SAW🤲🤲🤲
2025-05-11 12:17:18
58
Abdul Manan :
masa dulu suara Syeikh selalu berkumandang di corong radio pada waktu pagi,,, Terbaik,, semoga Allah merahmati Tuan Syeikh selalu,,🤲🤲
2025-05-11 01:20:10
92
Ashida :
moga Allah terangkanlah hati ku permudahkan aku untuk menghafal surah surah AL Quran AL Mariam al mulk al Khafi 1 hingga 10 dan 10 yg terakhir
2025-05-11 12:00:20
56
meriamsalamah :
Namaku MARIAM. ALHAMDULILLAH . T.ksh pd arwah ibuku yg tlh memilih nm trbaik UTK ku. Akan ku jaga diri dn akhlak trbaik sejajar nama MARIAM. In syaALLAH😒. Selamanya rinduku utk IBU😌
2025-05-12 05:44:11
24
Julia Lubis :
sepertinya alunan disurat Ini,mmg sdh ada sejak dahulu ya, Mashaa Allah❤️
2025-05-13 15:09:50
20
denadda :
ya Allah… semoga segera mendengar kabar baik tentang hal yg selalu kami tunggu… mudahkan untuk anakku😇😇
2025-05-15 14:35:47
15
Dewo. Suharyo :
sepemahamanku inti dari surat ini adalah Kekuasaan Allah itu Mutlak yang digambarkan dengan satu kata Kun Fayakun ! 🥰🥰🥰
2025-05-12 16:23:24
17
To see more videos from user @inderashafri, please go to the Tikwm
homepage.