shah🦖 :
"Masa ayah ku masih bertenaga aku tidak berpeluang untuk memeluk ayah ku, satu tahun yang lalu iaitu tahun 2024 ayah muncul penyakit cancer dan ayah aku masuk hospital dan aku tidur di rumah maksu saya, pada malam itu aku sedar bahawa tidak ada peluang untuk peluk ayah sebab ayah sudah dekat hospital, dan ayah ku pulang dengan selamat dan aku melihat leher dia kembang dan aku bertanya" ayah kenapa dengan leher ayah" dan ayah ku menjawab"oh ayah sakit" . Tahun 2024 ayah ku masih boleh melawan penyakit dia dan dia penuhi masa lapang aku dan kakak. Masa tahun 2025 ayah ku masih ok , tetapi waktu hari raya ayah mengajak family pergi balik kampung, dah sampai kami pun bersalam. hari Ahad kami pulang kerana esok sudah start sekolah, kami sudah sampai dan kami pun kemas barang lalu tidur. pagi tersebut aku mencari Tupperware untuk letak makanan aku dalam Tupperware tersebut, aku masih mencari, tiba_tiba ayah memanggil ku "dekkk.. ' aku pun pergi bilik ayah dan aku terkejut melihat leher ayahku yang cancer berdarah ayah menyuruh mengambil kain untuk mengelap darah tersebut. Ayah aku pun balik ke hospital tahun lepas punya, dan aku tidak sangka ini terjadi dua kali, seminggu ayah ku di sana dan atok ku datang untuk berjumpa ayahku, sudah 2 kali ayahku diam di hospital. habis je ayah ku pulang aku pun melihat ayah ku tidak stabil berjalan dan nafas nya berbunyi aku menahan nangis kerana ayah ku berpesan" lelaki tidak boleh nangis" dan esok pagi ayah ku pergi hospital tapi bukan hospital yang sama tapi hospital daerah sendiri , masa ayah aku pergi hospital ayah ku berkata" ayah akan berjuang sampai berjaya"dan aku pun mempercayai apa yang di katakan oleh ayahku, dan malam aku tidur di rumah maksu aku baru. habis je aku sembahyang Jumaat aku pun pergi Kafa, dan maksu ku menyuruh aku melawat ayah ku di hospital, sampai di sana aku melihat ayah ku dan aku menahan nangis tetapi air mata yang sudah menetes ke muka ku dan ayah ku bertanya" Dek jangan nangis"pegawai menyuruh ku keluar kerana usia tidak boleh masuk hospital, aku pun salam ayah ku. esok lusa aku dan kakak pergi hospital tapi pegawai kata tak boleh masuk. Tengah hari maksu ku menjemput ku dan kakak pergi hospital
2025-05-29 14:44:21