@drasyrafwajdi: “Ayah and ibu Kerja apa?” “Pemandu Lori Pasir, dan Ibu tidak bekerja…” “Awak pula, ayah dan ibu kerja apa?” “Ayah kerja buruh binaan dan ibu tak bekerja sakit strok” Tersentuh hati saya apabila berpeluang bertegur sapa dengan Adik Muhammad Haikal Ramadan, pelajar MRSM Mersing dan Adik Arilia Dania, MRSM Kota Putera merupakan pelajar B40 mendapat keputusan Straight A+ SPM yang juga merupakan penerima bantuan BUDI MRSM (BUDI adalah bantuan khas buat pelajar dari kalangan keluarga miskin dan miskin tegar). Walaupun dalam serba kekurangan, mereka buktikan boleh berjaya dengan sangat cemerlang dalam SPM. InsyaAllah, melalui program YTP MARA, kita akan berikan keutamaan kepada pelajar-pelajar B40 cemerlang untuk menyertai program ini. Hanya dengan ilmu pendidikan sahaja yang boleh merubah kehidupan keluarga. Turut hadir juga ialah Adik Puteri Nur Ain Zulaikha dari MRSM Pengkalan Chepa, pelajar yang kisahnya saya pernah kongsikan sebelum ini. Beliau membesar bersama keluarga angkat sejak kecil, namun tetap menunjukkan prestasi cemerlang dengan memperoleh 9A dalam SPM. InsyaAllah, MARA akan sentiasa ada untuk membantu anak-anak seperti mereka ini untuk mencapai cita-cita. Kami percaya inilah aset-aset masa hadapan negara. Terima kasih kepada Bahagian Pendidikan Menengah MARA yang merealisasikan hasrat saya untuk bertemu dengan pelajar-pelajar cemerlang SPM dari kalangan penerima BUDI dalam Majlis Ramah Mesra Pelajar SPM MARA (ASPIRE) 2025 bertempat di Tenera Hotel, Bangi. Mereka terdiri daripada seramai 118 orang pelajar penerima bantuan BUDI yang memperolehi semua A dan seramai 62 orang pelajar yang mendapat straight A+ di MRSM seluruh Malaysia. Tahun ini seramai 1670 pelajar MRSM dari seluruh negara yang berjaya mendapat keputusan straight A's. #MerakyatkanMARA #MARAGemilang #WeAreGenMARA #HidupKuMilikUmmah #HidupBiarBerjasa #ASPIRESPM2025 #FYP

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Open In TikTok:
Region: MY
Saturday 17 May 2025 11:01:18 GMT
1667972
99383
1772
6176

Music

Download

Comments

nazrazairil
AlongAbe :
tahniah dik...Tak Malu Ada ayah seorg pemandu Lori...Aku juga bawa Lori...skang ank Aku sem2 degree accounting...moga ank2 ini berjaya Di Dunia Dan akhirat...amjn💪💪💪
2025-05-17 21:09:35
2359
drasyrafwajdi
Dr. Asyraf Wajdi Dusuki :
Cuma saya ingatkan kepada mereka “setinggi manapun satu hari nanti kalian menggapai bintang di langit, jangan sesekali lupa akar dan rumput tempat asal mereka mula bertapak dan berpijak”. #HidupBiarBerjasa
2025-05-17 22:44:46
4538
fatimahbinti36
Zanna Octolibra :
Alhamdulillah..Semuga adek2 terus maju jaya👍👍👏👏❤️❤️🌹🌹🌹
2025-05-18 22:32:29
1
sue34381
sue :
dato...ank saya juga dpt jemputan program ni tapi x dapat hadir atas kekangan tertentu...ank saya juga straight A+ dari kategori B40...
2025-05-17 16:52:56
335
zarina.manas7
Zarina Manas :
YB anak sy ex MRSM Muar dia penerima budi..skrg dia buat asasi di UiTM Dengkel hujung bln ni dah habis...sambung Degree bln 9 ada apa2 bantuan dari MARA sbb kami dari keluarga susah..sy hanya bekerja sbg tukang urut..mohon YB pertimbangkan
2025-05-17 12:14:40
331
ahmad.turkey1
Ahmad Turkey1 :
bgusla xde yg nk jd engineer. kebanyakannya gaji rendah sgt. x pdn dgn kerja
2025-05-17 21:58:39
277
krull889
Khairul889 :
pelajar2 ni hebat,produk education dari UMNO hantar ke luar negara cari ilmu tapi syg ada pihak2 tertentu akan buat brainwashed mereka dan hasut mereka ketika berada di luar negara..
2025-05-17 11:30:19
108
f9q1h
afiqah :
ACTUARY SIOT BAGUSBAFUS
2025-05-17 17:45:39
1179
jaipirez99
jaipirez99 :
Alhamdulillah Madani 👍
2025-05-22 05:59:42
1
privateusername_my
privateusername_my :
Dr patut jd Menteri Pendidikan. 👍🏻
2025-05-18 02:13:30
239
softspoken02
pia :
akak doakan semoga hasrat nak jadi actuary tu tercapai, tak ramai actuary melayu kat malaysia ni so all the best dik 👍
2025-05-18 03:18:24
1424
my.ayang2025
are.young :
Type c koyak tengok ni 🤣🤣🤣🤣
2025-05-17 16:26:58
145
wan.as3
Wan As :
Assalamualaikum Tuan Dato.. Maaf saya ingin mencadangkan. Mungkin dah tiba masanya pihak MRSM boleh upgrade tempat mencuci pakaian kepada Dobi sebenar seperti Dobi Layan diri kat luar. MRSM terapkan teknologi cuci pakaian ini drpd cara old school cuci tangan jemur baju sesuai dgn nama MRSM. Ia bhkan sahaja dapat jimatkan masa murid dan menghaouskan masalah hilang pakaian kat ampaian 😁😁. Ini cadangan sahaja Dato.. Terima kasih banyak sudi baca komen saya.
2025-05-17 11:27:50
71
emkay3802
emkay :
Ank sy perlu biasiswa. SPM 11A.. mohon MARA tak berjaya… kenapa ya?
2025-05-29 08:57:34
1
jehanramrong
JehanRamrong :
Dato ni aku tgok bagus jugak. Tapi kenapa ya bertanding kat mana2 pon kalah. Orang tengok parti ke camne
2025-05-18 13:00:54
6
dedpida
@dedpida :
Dr. tlg tgk semua tempat belajar bawah MARA : - a. ikm b. giat Mara walaupun ank2 kemahiran x cemerlang akademik, tetapi mereka tetap ada sumbangan kepada negara
2025-05-17 12:09:13
70
aidaz.aida769
CikDa JejariEmas :
adik bongsu siz dulu penerima bantuan JKM/MRSM..Alhamdulillah..pelajaran mengubah hidupnya..kini dia seorang Engineer Consultant Solar...memiliki company...terima kasih JKM/MRSM..terima kasih Ya Allah.
2025-05-17 23:21:12
137
dikara_kitchen
Dikara Kitchen :
saya juga ANSARA, mrsm spm 2006. ayah tukang kebun, mak kerani. Alhamdulillah Haza Rahmatun Min Rabbi. Allah berikan rezeki yang cukup malahan lebih. Degree & master scholarship. semoga lebih ramai anak melayu berjaya. amen!
2025-05-17 16:36:48
83
izzat267
Jat26 :
UMNO pembela agama dan bangsa. ❤️❤️💙
2025-05-17 11:15:31
36
samsutan8
user187347 :
dia ni jaga pelajar sja ke
2025-05-17 14:05:22
3
_c_a_p_l_i_e_
🐥 🄰🄱🄰🄽🄶 🄲🄰🄿🄻🄸🄴 🐥 :
mau nangis sya dgar situasi ibu bapa mereka, bukan penghalang untk trus belajar...😭😭
2025-05-20 03:44:52
11
za967me
Ryn. :
bagus adik ni..cita2 dia nak jadi actuary.Semoga berjaya mencapai cita2..aamiin
2025-05-19 00:44:35
81
mamaeita
eita osman :
saya doakan ds asraf jadi PM suatu hari nnti
2025-05-31 03:05:29
3
dangnadia
Nad Scarf :
Dulu adik dpt 9A dpt biasiswa MARA masuk UTP..alhamdulillah..MARA bnyk tlg kmi..dgn family cerai masa tu..syukur sgt…masalah yg ada bukan punca utk kmi beradik gagal..kena bangkit!!skrg ni byk bantuan2 ada..kena pandai grab peluang yg ada..majukan diri sendiri..🥰🥰
2025-05-17 23:06:14
72
ajisonakada
Ajiso Nakada :
maaf nak tanya.. actuary tu apa?
2025-05-19 05:07:23
3
To see more videos from user @drasyrafwajdi, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About