@cikguainul: Teknologi yang menyokong keperluan sebenar murid ✨📱 Penggunaan smartboard dalam kelas Pendidikan Khas bukan sekadar menjadikan pengajaran lebih menarik, tapi juga membantu murid dari aspek perkembangan motor dan kognitif. 🖐️ Aktiviti sentuhan bantu tingkatkan kemahiran motor halus. 🧠 Paparan visual dan elemen interaktif bantu murid lebih fokus dan faham konsep dengan lebih mudah. 💬 Pengajaran juga jadi lebih menyeronokkan dan mendorong penglibatan aktif murid. Bila teknologi digunakan dengan cara yang betul, ia boleh membuka ruang pembelajaran yang lebih inklusif dan berkesan untuk semua murid, tak kira apa pun keperluan mereka. #PendidikanKhas #Smartboard #TeknologiDalamKelas #InteraktifDanInklusif #cikguainul