@aidiazirudin: Bukanlah satu kebijaksanaan yang hakiki jika kita membalas keburukan dengan keburukan yang serupa. Sebenarnya, kehidupan ini mengajar kita satu pelajaran yang sangat besar, bagaimana membalas kejahatan dengan kebaikan, memecahkan lingkaran kebencian tanpa perlu menyimpan dendam.Bebaskan hati daripada ikatan sakit hati cukuplah seulas senyuman, biarkan alam semesta menyusun semula hukumnya yang adil, kerana setiap tangan yang menoreh luka, pasti akan tersayat oleh bilah yang sama.