@wisermy: Apple Maps kini sokong laluan pengangkutan awam di Malaysia. Bermula hari ini, pengguna boleh rancang perjalanan menggunakan tren, bas dan feri di bandar utama seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Sokongan ini juga merangkumi laluan rentas sempadan dan ke lapangan terbang, lengkap dengan jadual serta ETA. Antara laluan yang disokong termasuk BRT Sunway Line, pelbagai perkhidmatan bas, Feri Alibaba Pulau Ketam dan Penang Ferry. Untuk rel, pengguna boleh akses info perjalanan KLIA Ekspres, KTM ETS, Intercity, Komuter, serta semua laluan LRT dan MRT termasuk Ampang, Kelana Jaya, Kajang, Putrajaya dan lain-lain. Apple Maps juga kenal pasti laluan unik seperti Monorel KL, kereta api funikular Bukit Bendera dan kereta kabel di Genting #apple #applemap #malaysia
Wiser MY
Region: MY
Monday 26 May 2025 07:19:46 GMT
Music
Download
Comments
There are no more comments for this video.
To see more videos from user @wisermy, please go to the Tikwm
homepage.