@mediaselangor: Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri @Amirudin Shari, menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di negeri Selangor dan di seluruh negara. Menurut beliau, tibanya 10 Zulhijjah membawa makna yang amat besar kepada umat Islam, sebagai satu peringatan tentang erti pengorbanan, keinsafan serta sifat tawaduk yang harus tersemat dalam diri setiap Muslim. Beliau turut mengajak masyarakat menghayati keikhlasan dan ketundukan Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. dalam menjunjung perintah Allah SWT, serta mencontohi semangat memberi dan berkongsi rezeki, khususnya kepada golongan yang memerlukan. Dato’ Menteri Besar menekankan bahawa Aidiladha adalah saat yang tepat untuk memperkukuh nilai empati dan kebersamaan dalam kalangan masyarakat. Beliau turut menyeru agar umat Islam yang berkemampuan melaksanakan ibadah korban dengan niat yang tulus, demi manfaat bersama. Akhir kata, beliau mendoakan agar segala amalan dan ibadah yang dilakukan sepanjang hari yang mulia ini diterima Allah SWT, serta menjadi bekalan menuju darjat ketakwaan yang lebih tinggi. Disediakan Oleh: Raja Syazwani #MediaSelangor

Media Selangor
Media Selangor
Open In TikTok:
Region: MY
Saturday 07 June 2025 02:20:07 GMT
9883
51
0
2

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @mediaselangor, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About