@mediaselangor: Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada syarikat pengendali bas yang terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik yang mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), awal pagi ini. Menteri Pengangkutan @Anthony Loke berkata pada masa sama, Jabatan Pengangkutan Jalan turut menjalankan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan terhadap bas serta syarikat terbabit mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Akta Pengangkutan Awam Darat. "Tindakan tegas akan diambil sejurus siasatan selesai. Setiap nyawa yang terkorban adalah satu kehilangan besar bukan sahaja kepada keluarga tetapi kepada masa depan negara," katanya menerusi hantaran di Facebook. Selain itu, beliau berkata kerajaan akan terus memperkukuh dasar keselamatan jalan raya bagi melindungi pengguna terutama daripada ancaman pemandu tidak bertanggungjawab dan kenderaan berat yang tidak memenuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan. Sumber: BERNAMA #MediaSelangor #TragediGerik #Nahas #UPSI #APAD #JPJ

Media Selangor
Media Selangor
Open In TikTok:
Region: MY
Monday 09 June 2025 14:52:48 GMT
202648
111
6
5

Music

Download

Comments

pauline.21110
Paul 2111 :
this end time. Jesus all ready says in the holy bible revelation 8:13. Jesus coming soon.we are pray for this family in Jesus name amen 🙏🙏🙏
2025-06-09 15:47:09
0
user3276291972956
Muhd Asyraffzz :
Laju…perketatkan SOP cara memandu. Pemandu sepatutnya nampak tanda selekoh jika ikut peraturan 80/90 kmj jika berlaku kemalangan atau masalah brek impaknya kurang, saya dari johor ke terengganu kerap jumpa bas berlumba antara satu sama lain, entahlah apa yg dikejarkan, tak boleh ckp lebih nanti disuruh bawak 🥹🥹🥹🥹 kita tawakal jer..Alfatihah…salam takziah buat semua, serta di permudahkan urusan pd yg selamat. Allahuakbar kita kehilangan generasi terbaik masa depan negara.
2025-06-09 15:17:09
0
haroon.rudy
Haroon Rudy :
Mula kn siasat kt bus laaaaaa...klu bnda made in china yg x da quality masuk,,bkan Salah syarikat..klu jlan Tasik banding gi grik tu,,keta lembu pn bleh masuk longkang bla turun bukit
2025-06-09 15:01:35
0
mohdnoorlgk
محمد نور :
jalanraya tu sendiri kena perbaiki
2025-06-09 14:58:46
0
ujanghanafi80
...... :
Dah jadi baru nak siasat bagai,baru nk tgk rekod lampau pemandu...
2025-06-09 14:57:18
0
To see more videos from user @mediaselangor, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About