@atan.bani.tamin: Anak kepada ulama terkenal dari Kelantan, Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki Hafizahullah tampil menjelaskan berkenaan ucapan bapanya yang dilaporkan menyuarakan harapan supaya pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipertahankan. Menerusi laman sosial Facebook Adnan Wazir, beliau berkata, ucapan bapanya itu sekiranya didengari dan diteliti secara penuh, sebenarnya memberi sindiran dan teguran sinis kepada Anwar. Katanya, teguran itu dibuat dalam bahasa lembut kerana bapanya berada di dalam majlis rasmi kerajaan dan dihadiri orang-orang agama dan pondok dari seluruh negara. Jelas beliau, ucapan bapanya itu juga tidak menyebelahi Anwar sama ada menyokong atau mengundi perdana menteri. “Ucapan spontan kerana tiba2 Ayahanda di jemput oleh PMX untuk bercakap sedangkan PMX sudah selesai bercakap. “Ayahanda sebut secara asas sesebuah kerajaan mesti kekal selama 10 tahun untuk kestabilan politik (sehingga PRU) seperti saranan Tuan Guru Presiden Pas kepada DS Najib Razak dahulu. “Ayahanda juga sebut ‘ Jika baik kekal baik ‘ bermaksud jika kerajaan baik kekalkan kerajaan tersebut. Jika beronar dan bermasalah tukarlah kerajaan. “Sebab itu ketika Mufti Wilayah bertanya pendapat Ayahanda tentang Himpunan Turun Anwar, dia ketawa,” katanya. Sementara itu, beliau menambah, kehadiran Syeikh Wazir pada program malam tadi adalah atas dasar memperkukuhkan Ahli Sunnah Wal Jamaah. “…dan Ayahanda sebut ketika muzakarah bersama Mufti Wilayah dan tuan2 guru pondok seluruh Malaysia ‘ Ambo ni Pas walaupun mari sini ‘. Semua hadirin ketawa,” katanya. Terdahulu, media melaporkan Syeikh Wazir yang juga Timbalan Pengerusi Jabhah Pondok Kelantan menzahirkan kebimbangannya terhadap usaha pihak tertentu, khususnya pembangkang, yang merancang menjatuhkan Perdana Menteri melalui himpunan di ibu negara pada 26 Julai ini. Beliau sebaliknya menyuarakan harapan supaya pentadbiran Anwar dikekalkan bagi menjamin kestabilan pembangunan Islam dan ekonomi negara yang didakwa kini semakin terkesan akibat perubahan kerajaan yang terlalu kerap. Kenyataan Syeikh Wazir ketika berucap pada Program Malaysia Bermunajat 2025 yang turut dihadiri Anwar itu mencetuskan persoalan dalam kalangan ahli-ahli Pas memandangkan ulama berkenaan sebelum ini dikenali cenderung kepada politik Pas. Difahamkan, pembangkang merancang menganjurkan Himpunan Turun Anwar pada 26 Julai ini dengan menyasarkan kehadiran sehingga 300,000 peserta.

Atan Bani Tamin
Atan Bani Tamin
Open In TikTok:
Region: MY
Sunday 20 July 2025 10:27:03 GMT
242157
3558
291
473

Music

Download

Comments

cahaya_sinar24
Nurr_24 :
syeikh tu bagi ucapan sebagai seorang islam..bukan PARTI pas. Pas bukan agama..
2025-07-21 00:28:40
211
emdizukie
Tadki :
Rumusannya: Ulamak dalam PAS tidak boleh dipercayai? Gitu?
2025-07-21 00:08:28
141
izazuddin.othman
AIO67 :
SewajarNya Syeikh Wazir sendiri yang berikan pencerahan bukan anakNya pulak yang dilihat memandai mandai membuat tafsiran sendiri.
2025-07-20 19:33:32
548
zakariazahari70
@Zakaria Zahari :
Syeikh Wazir dengan PMx best friend sejak pmx dlm ABIM lagi..
2025-07-21 10:54:22
1
zul_d8
Zul D8 :
Kena ikut rakyat,rakyat x suka PMX memerintah,ANWAR kena TURUN...zalim terhdap rkyat
2025-07-21 06:24:31
43
jijanmelaka
aZiZaN🇲🇾 :
Sheikh wazir ni mmg org pas tp beliau memberi pandangan yg melangkaui ideologi politik. Respect!!! Tp klu rasa kerajaan yg ada skrg ni tak baik, pru nnt gunakan la kuasa rakyat untuk mengundi. Tak perlu tebok atap
2025-07-21 02:53:34
182
mddi369
mddi369 :
kan kan
2025-07-21 01:09:38
2
najmirijal86
nana :
sepatutnya tak terima jemputan pi Putrajaya, kalau PAS sejati tak akan pergi
2025-07-20 21:57:02
42
ee_hhrahh
Legasi AA :
Ank ulas xsama maksud dgn ayah ulas.. bagaimana mgkin sinis berlaku sedangkn tuan gru sheikhwazir mnceritakn peribadi anwar smasa zamannya menuntut di negara arab..apatah lagi membenarkn madani menerajui pntadbiran setelah brkali2 tukar polisi & x stabil..
2025-07-23 13:09:46
6
umi_kalsum69
umi :
sepatutnya pencerahan drp Sheikh sendiri bukan dari anaknya
2025-07-21 02:25:41
9
hamdiomar9537
@hamdiomar953 :
seorang yg tlh menyokong pas tidak mungkin dapat ditukar pemikiran mereka kerana mereka kalau tukar parti spt tukar ugama
2025-07-20 22:18:10
89
mat.non
mat non :
anak aku 4 tahun pandai juga tafsir....hari2 sebut ketimbang..hari ni menang ecok minyak turun..
2025-07-20 21:39:13
24
ahmadkhan71216
@Ahmadkhan :
ya betul saya setuju, apa yang keluar dari mulut ayahnya itu lah ucap sebenar..tak perlu ada penjelasan susulan lagi...
2025-07-21 02:43:37
52
mohdfaizanihassan
mohdfaizanihassan :
Alhamdulillah...rupanya PMX bersahabat baik dgn Tuan Sheikh Wazir
2025-07-21 13:14:11
7
hisyam8780
Muhammad Hisyamuddin :
buat masa ni parti yg paling releven adalah pas.
2025-07-20 23:32:36
3
rajniee_
idarajnie :
Allah lebih tahu apa isi hati hambanya...Allah jg org yg ikhlas walau dibenci oleh makluk..penilaian.manusia tk penting..
2025-07-20 23:50:37
15
santunhabis
santun habis :
Statment penyedap hati.. 😊
2025-07-21 01:52:03
4
hasrulazizi858
hasrulazizi858 :
Iman x dapat diwarisi.
2025-07-21 01:32:39
15
salmahamzah830
Salma Hamzah :
aik spin gk ke
2025-07-20 12:02:43
60
aliaszainon8
Ali :
Barak Allah
2025-07-24 23:38:26
0
abe.jate5
Abe Jate :
Lebih 30 tahun PAS memerintah Kelantan menjaga kebajikan rakyat 🤲. Rakyat Kelantan akan terus sokong PAS sehingga kiamat 🤲. Rakyat Kelantan rela berkorban demi PAS 🤲.
2025-07-21 09:48:36
27
awisbioconservation
AwisArkani@awisbioconservation :
5000USD selama belasan tahun untuk pelajar Melayu di Pakistan. Kalau Tuan guru tak sebut tak ada siapa yang tahu. Kenapa Tuan guru bongkar rahsia ni?
2025-07-21 05:00:54
9
syikinzawawi
SyikinZawawi :
Walano bergembira komen kat tt astro awani🤭
2025-07-20 12:11:50
19
khairani985
khairani :
walanon bukanya faham bahasa sindiran😅
2025-07-20 19:26:00
17
razak_yong
abdul_razak_yong :
betul, tak akan sama khalifah2 yg mulia yg dibandingkan oleh syeikh wazir dgn ketimbang
2025-07-20 13:03:06
13
To see more videos from user @atan.bani.tamin, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About