@fajarbarumy: BANGI, 21 Julai 2025 — Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjadi tumpuan hari ini apabila Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2025 yang dibentangkan di Dewan Rakyat mendedahkan pelbagai ketidakaturan serius dalam tadbir urus kewangannya. Antara yang paling membimbangkan ialah isu ketidaktelusan dalam proses perolehan melibatkan tiga tender utama dengan nilai keseluruhan hampir RM60 juta. Laporan itu menyatakan bahawa UKM telah meluluskan syarikat-syarikat yang tidak disyorkan oleh panel penilai. Persoalannya, bagaimanakah perkara ini boleh berlaku? Apakah faktor di sebalik pemberian tender kepada syarikat-syarikat tersebut? Walaupun beberapa individu penting yang dipercayai terlibat telah meletakkan jawatan, termasuk bekas Naib Canselor Mohd Ekhwan Toriman, perkara ini masih jauh daripada diselesaikan. Mohd Ekhwan sebelum ini menafikan dakwaan yang timbul sebagai "fitnah,” namun penarikan semula darjah kebesaran beliau oleh pihak Istana Negeri Sembilan menimbulkan tanda tanya besar terhadap keseriusan dakwaan tersebut, sehinggakan tidak mampu lagi dilindungi oleh kelas pemerintah sendiri. Pemerhati dan masyarakat awam kini menuntut pendakwaan terhadap mereka yang terlibat, bukan sekadar perletakan jawatan atau kenyataan menafikan kesalahan. Sehingga ke hari ini, UKM masih belum memberikan sebarang maklum balas mengenai isu ini. UKM sebelum ini kelihatan seperti tidak berminat untuk “membersihkan” namanya yang tercemar, dengan Naib Canselor yang baru dilantik tidak menyentuh perihal skandal yang berlaku dalam agendanya untuk UKM. Suara daripada kalangan ahli akademik universiti itu juga masih tiada, meskipun isu ini telah mendapat perhatian meluas. Di samping itu, meskipun kini menghampiri penghujung penggalnya, Kesatuan Mahasiswa UKM (KMUKM) juga masih berdiam diri berkenaan perkara itu. Sebagai kesatuan mahasiswa, KMUKM sepatutnya menjadi barisan hadapan dalam menuntut keadilan berikutan isu berbangkit. Terdahulu, parti yang menerajui kepimpinan kesatuan itu lantang mengecam KMUKM sesi sebelum ini yang mengalami “defisit” belanjawan. “Defisit” itu sendiri “diumumkan” oleh mantan Timbalan NC Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA) UKM, Suzeren Jamil, juga merupakan antara individu yang meletakkan jawatan susulan dakwaan salah laku. Namun kini, apabila wujud salah laku daripada pihak pengurusan sendiri, mereka terus senyap membisu. Hal ini menimbulkan persoalan sama ada mereka ini benar-benar kisah akan ketirisan dana atau hanya menggunakan isu tersebut sebagai modal politik semata-mata. Parti tersebut dikenali sebagai kumpulan pro-pentadbiran, dengan hubungan kepimpinan kesatuan dan pihak pengurusan universiti jauh lebih akrab berbanding kesatuan mahasiswa di Universiti Malaya (UM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang dilihat lebih “bebas” daripada cengkaman pihak pengurusan. Skandal ini bukan sekadar “kesilapan pengurusan.” Ia adalah manifestasi kronisme dan sistem patron-klien yang menjadi rukun dalam rejim kapitalis-Melayu yang memaut universiti-universiti awam sebagai lubuk projek untuk kelas pemerintah. Tiada jaminan ketelusan selagi universiti beroperasi dalam kerangka neoliberal yang menggalakkan komersialisasi dan penjimatan kos demi keuntungan. Rasuah atau korupsi bukanlah anomali dalam sistem kapitalisme, sebaliknya merupakan salah satu simptomnya.

Fajar Baru MY
Fajar Baru MY
Open In TikTok:
Region: MY
Monday 21 July 2025 08:21:28 GMT
415468
7996
363
4134

Music

Download

Comments

ziiiiiiiiiimz
ziiiiiiiiiimz :
cuba LKAN buat audit dekat UMS 🤣, fasiliti kolej tah apa2, bajet pelajar dipotong sana sini, akses air tak habis2 wayang daripada pihak pentadbiran sampailah ke timb menteri pendidikan tinggi si mustapha sakmud tu, shahelmey tu pun sama je, mpp bukan main pegi UK dapat dana 200k 😙😙😙😙😙😙😙😙😙😙😙😙😙😙😙😙😙😙😙😙😙😙😙😙 daripada aku masuk belaja sampai sekarang nak tunggu grad (dah 5 tahun) masalah air masih tak selesai...nilai lah sendiri
2025-07-21 14:09:23
177
worldsentral
Patutkah.. :
patutlah kolej Zaaba tu kelihatan selekeh jer ,pintu rosak ,tandas pun mcm tak pernah di ganti ,tak ada bajet atau....
2025-07-21 11:10:55
306
cikman1982
cikman1982 :
pimpinan ukm kena letak jawatan,,ambil tgungjawab..
2025-07-22 19:18:12
0
fruzzshariff
fairuz shariff :
Katanya tak da wang sampai satu bangunan disita kerana fungus dan terpaksa sewa shop lot untuk kelas, betul ke? lepas tu blame tak da peruntukan dari kementerian. Katanya, di UPM, sekarang sedia tabung wakaf untuk perbaiki bumbung bangunan...😅
2025-07-21 09:44:29
104
siputsedut430
siputsedut430 :
Byk universiti perlu disiasat penyalahgunaan kuasa. #SPRM perlu masuk universiti
2025-07-21 11:17:40
679
aimanazrihasan
💙 • Aiman Azri 🩹 :
Pengkhianat pendidikn negara perlu diberikan hukuman berat…
2025-07-21 11:12:38
178
dek_nor_hawa
dek_nor :
institut pendidikan yg terima geran dri kerajaan pun kena siasat juga.
2025-07-21 11:48:32
16
cucujanggut
CucuJanggut90 :
tolong siasat UPM sekali..
2025-07-21 11:31:24
76
faridwng
faridwng :
Dlm kes2 libatkan wang awam, type M akan bela type M. Jgn aibkan lah dll.
2025-07-21 11:36:39
170
100plus.zero.sugar
100plus Zero Sugar :
Org umno jg mmg rosak laa
2025-07-21 11:27:34
15
ulwi2
Ahmad Ulwi AK :
ya rabbi... rosak nama islam.. ukm ni ramai melayu 😭
2025-07-21 13:09:06
22
djouwe_alldudes
Djouwe Alldudes :
pro-pentadbiran? tsb ke? dah lama aku tinggalkan ukm, tak ingat dah
2025-07-21 18:03:25
0
user9305003738596
RashidSarti :
syarikat tak ikut panel istana kot...?
2025-07-21 10:20:48
27
arrazmanmydiy
arrazman78 :
Setiap tahun perkara yg sama akan terus berulang. Sebab apa...? Sebab takda tindakan. Sekadar laporan demi laporan. Lepas tu...? Takda sapa-sapa kena pikul tanggungjawab tsb.
2025-07-21 10:53:24
80
marieeyahhhhhhh
Maria 🛡️ :
contohi lah utem, uni bebas rasuah. clean je... 🤭🤭
2025-07-21 14:14:03
0
ayer_m
azrai :
aku tak dengar contractor di black list...projek jutakan...projek ribu ribu akautan terus senarai hitam Dua tahun...tq ukm
2025-07-21 11:01:26
1
007user76
User :
UKM PUN ROSAK…jahanam penyakit smpi ke uni
2025-07-21 11:38:25
22
oweo_oweo
Anonymous :
hapuskan PTPTN sekali
2025-07-21 17:43:21
1
izzwanhafizi
iwannnnn :
upm tu lagi la. terang2 salah guna kuasa pun takde sorang berani report. rosak rosak
2025-07-22 05:48:33
9
ijat6381
IjaT63 :
kanser rasuah turut tersebar institusi pengajian tinggi awam?..hebatnya hasutan ibl*s! 😳
2025-07-21 12:35:44
11
szizie7
szi@zie :
patut kalut letak jawatan
2025-07-21 12:59:58
7
user846607191611
Dominion :
1. hebat RU... 2. RU lain tak kan takde.scandal... 3. cb cer skit...
2025-07-21 14:42:18
1
user7434851452313
user99667345523091zim :
jangan biarkan... ambil tindakan tegas... UniSHAMs pun sama, wajib kena siasat gak... banyak perkara salah berlaku dalam UniSHAMs. 😁
2025-07-21 22:53:54
3
azhari_kilat88
azs_kilat88 :
confirm² la pengaruh politik..apa lagi nk mikir..politik je yg ade kuasa cmni..pasal org nk dpt projek dia kipas habis org politik..
2025-07-21 12:53:55
8
arkbelek
arkBelek :
unisel Selangor pasti didalam radar JKAN juga skrg..kita tunggu
2025-07-21 14:10:24
7
To see more videos from user @fajarbarumy, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About