@elinggustiofficial: Bukannya menyerah, tapi sedang belajar merelakan apa yang tak bisa dipaksakan #CapCut #fypviralシ #storywa #anaklanang

Eling Gusti Store
Eling Gusti Store
Open In TikTok:
Region: ID
Tuesday 22 July 2025 10:59:55 GMT
1565
72
0
10

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @elinggustiofficial, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

Malaysia bersetuju menurunkan kadar tarif kepada sifar bagi 6,911 daripada 11,260 baris tarif atau produk yang diminta oleh Amerika Syarikat (AS) - bersamaan 61 peratus - dalam rundingan timbal balas dengan negara itu. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata langkah itu adalah sebahagian usaha memperkukuhkan akses pasaran serta menggalakkan aliran dagangan dua hala yang lebih terbuka antara kedua-dua negara.
Malaysia bersetuju menurunkan kadar tarif kepada sifar bagi 6,911 daripada 11,260 baris tarif atau produk yang diminta oleh Amerika Syarikat (AS) - bersamaan 61 peratus - dalam rundingan timbal balas dengan negara itu. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata langkah itu adalah sebahagian usaha memperkukuhkan akses pasaran serta menggalakkan aliran dagangan dua hala yang lebih terbuka antara kedua-dua negara. "Inilah pendekatan yang sistematik dan teratur untuk menentukan tawaran akhir Malaysia kepada AS. "Kita telah mengemukakan tawaran komprehensif yang merangkumi 98 peratus daripada semua baris tarif, namun hanya bersetuju untuk meliberalisasikan 61 peratus daripadanya," katanya. Dalam perkembangan berkaitan, Tengku Zafrul berkata, Malaysia turut mengumumkan komitmen untuk membeli 60 pesawat Boeing secara berfasa dengan nilai keseluruhan sekitar AS$19 bilion (RM81.27 bilion), sebagai sebahagian daripada kerjasama perdagangan dan pelaburan dua hala. "Dalam usaha menangani defisit dagangan dengan AS, kerajaan akan melaksanakan perolehan utama, termasuk pembelian pesawat Boeing. "Malaysia Aviation Group (MAG) telah komited untuk membeli 30 pesawat Boeing bernilai AS$9.5 bilion bagi fasa pertama dan tambahan 30 pesawat Boeing lagi bernilai AS$9.5 bilion bagi fasa kedua yang sudah diumumkan oleh Perdana Menteri sebelum ini," katanya. Tengku Zafrul turut kongsikan beberapa 'garis merah' yang berjaya dipertahankan negara dalam rundingan tarif bersama AS, yang membawa kepada pengumuman kadar 19 peratus bagi Malaysia. Beliau berkata, ia antara lain membabitkan pengenaan duti eksais; pemansuhan lesen import bagi produk dari AS; liberalisasi pegangan ekuiti syarikat dalam sektor strategik negara; serta hak keistimewaan Bumiputera. "Mereka meminta kita menghapuskan duti eksais. Seperti mana yang anda tahu, duti ini dikenakan kepada tiga item iaitu kereta, tembakau dan minuman keras. "Industri automotif penting bagi AS, namun kita juga mempunyai industri automotif. Kita menggaji 700,000 pekerja dalam sektor ini. Kita juga mempunyai kereta nasional dan rantaian bekalan yang pelbagai. #news #2025 #omgsekmung #tiktokmalaysia #viraltiktok #foryoupage

About