@drasyrafwajdi: MRSM BP CIPTA SEJARAH PENUH DRAMATIK Tiada kata yang mampu diluahkan untuk menggambarkan perasaan melihat semangat dan daya juang pemain-pemain Rugby MRSM Balik Pulau - The Cougars sehingga ke tiupan wisel yang terakhir. Ya, MRSM BP turun sebagai ‘underdog’ pasukan bukan pilihan untuk berdepan dengan gergasi Rugby Sekolah-Sekolah Se-Malaysia, yang juga Juara beberapa kali Victoria Institution (VI) dalam Grand Final Super Schools Rugby (SSR) petang tadi. Ketinggalan dua kali 0-7, sebelum menyamakan kedudukan 7-7 hanya beberapa minit wisel penamat separuh masa pertama. Kemudian masuk separuh masa kedua, VI sekali lagi mendahului dengan mata 7-10, dan kemudian menjarakkan jurang kepada 7-13. Namun, semangat juang pemain-pemain MRSM BP amat luar biasa, bermain dengan sepenuh jiwa dan tidak kenal erti mengalah, terus menerus mengasak kubu lawan sehingga berjaya mendapat ‘try’ dengan mengurangkan jurang kepada 12-13. Tendangan ‘conversion’ daripada adik Aqil Zikry berjaya memperoleh mata penting 14-13 betul-betul di saat yang terakhir sebelum wisel penamat dibunyikan. Sesungguhnya, kalian telah mengharumkan nama MARA dan MRSM. Kalian menjadi bukti betapa generasi Ulul-Albab yang ingin dibangunkan punya pakej holistik cemerlang akademik, cemerlang ko-kurikulum, cemerlang akhlak dan akal budi. Tahniah buat Pengetua Cikgu Ibrahim dan Jurulatih Cikgu Izwan yang menjadikan mereka ‘FROM ZERO TO HERO’. Atas dasar kebersamaan, memetik tagline Ketua Pengarah MARA Dato’ Zulfikri Osman ‘We Are All Unified Entity’, maka saya umumkan Cuti untuk semua MRSM seluruh Malaysia pada hari esok 28 Julai 2025. #MerakyatkanMARA #MARAgemilang #MRSMBalikPulau #BPCougars #HidupKuMilikUmmah

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Open In TikTok:
Region: MY
Sunday 27 July 2025 14:41:13 GMT
599393
53614
759
3324

Music

Download

Comments

nuarshuraim
ANUAR MOHAMED HASAN :
Sejak Dr Ashraf jaga MARA, pelbagai pencapaian hebat budak2 MRSM kita. Tahniah. Alhamdulillah
2025-07-27 15:05:21
1420
afrid_falsow
Infigure 🇵🇸🇵🇸🇵🇸 :
Kena berterima kasih kat budak baju hitam pakai speak mata tu dia request cuti esok seronok budk mrsm🤣
2025-07-27 15:18:47
3168
kamarul_62
Kamarul :
Adik² bakal pemimpin negara masa depan.
2025-07-28 14:39:26
1
moammargaddafi77
moammargaddafi :
ketimbang juga ni
2025-07-27 15:21:56
5
imran.hadi46
Beautiful sunset roomstay :
Jgn penah takot xundi umdap ye adik adik…
2025-07-27 14:45:08
67
myvikitty
SYM COUTURE :
Aduhai patut sy cuti jugak arini.. sy bekas student pinjaman MARA🤭.. tapi Alhamdullilah yg penting dah habis bayar😊
2025-07-28 14:15:25
1
cik_wiweiyn
Cik Wiweiyn :
vdeo mcm ni pon aku mcm ada rasa sebak2 sikit..normal ke aki😂😂😂 tahniah mrsm bp☺️
2025-07-27 23:47:24
136
bracesloveranasz
bracesloveranasz :
LETS GO DADDY WAJDI 🗣️🗣️🗣️
2025-07-27 14:45:44
268
ayang1206
Ayang :
🥰TAHNIAH!!!
2025-07-28 05:24:13
0
_surileeofficial
SURI Anak No.3 :
Ex MRSMBP 2001-02💪💪
2025-07-27 15:28:34
7
mohd.hanafi505
Mohd Hanafi🇵🇸 :
semua player walaun ni...
2025-07-28 07:39:54
0
afaaaat
Afat :
Kata2 semangat dalam bilik persalinan tu buat pemain bersemangat
2025-07-27 15:50:58
929
aduwoww_
Duwwalnut🌰 :
MARA mula melalui tempoh kegemilangan di bwh DAWD 🔥🔥🔥
2025-07-27 16:23:24
170
0bs3nces
n :
daddy please mana duit kami 😢😢😢 saya nak makan sukiya ni
2025-07-28 08:14:00
0
melissasabriena_
𝚖𝚎𝚕𝚕𝚛𝚎𝚍𝚟𝚎𝚕𝚟𝚎𝚝 ᥫ᭡ :
salam daddy mara , elaun bulanni tak macuk lagi 😭 . duit saya tinggal 2 inggit je 😭
2025-07-28 12:55:28
7
faizasuhada8
qd mommy :
Macam ni pun acik nangis nak.
2025-07-27 22:17:41
6
secretserviceinc
user7777777777777 :
menyesal undi walaun PAS hadi awang 😂🤭
2025-07-27 15:02:25
58
ha1202piz
alapiz :
Sanggup dato terbang jauh2 semata-mata nak tengok anak2 mara berjuang membanggakan nama MRSM
2025-07-27 14:55:49
518
azryfadzli
Sir Fadzli :
Terbaik lah Dato Beri semangat kepada mereka untuk Berjaya...motivasi macam ni diperlukan untuk capai kejayaan ❤️
2025-07-27 14:45:47
261
sangpenglipurlara11
sang penglipur lara pendatang :
mckk dan rmc kalah?
2025-07-28 01:34:53
1
solehinmansiz29
SM Drifting :
Nk jadikan dia idola,tgk mcm mana dia didik anak2 di rumah.
2025-07-27 16:25:47
382
cilinn92
Nina Leen :
Sampai bila2 lah dia je pgg pengerusi tlong jgn tukar org lain. Perform terukk💪
2025-07-27 15:35:04
292
faizsensei
faizsensei :
terbaik dady mara... anak saya pelapis rugby BP cougar👍 baru form2😂
2025-07-27 15:10:00
70
azarin_78
Arin78 :
congrats mara. from new Zealand All black
2025-07-28 05:46:01
1
mohdrizalmihat7
Rizal :
terbaik Tuan sebagai Pengerusi MARA, generasi muda MARA yg mencorak negara masa hadapan
2025-07-27 23:13:43
28
To see more videos from user @drasyrafwajdi, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About