@imigresensabah: 𝐏𝐄𝐍𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐀𝐒𝐈𝐍𝐆 𝐃𝐈𝐒𝐄𝐑𝐁𝐔 Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah telah menggempur dua (02) penempatan yang didiami oleh warga asing di sekitar daerah Keningau, Sabah dalam satu operasi penguatkuasaan pada 29 Julai 2025 bermula pada jam lebih kurang 12.30 tengah malam sehingga jam lebih kurang 4.00 pagi yang melibatkan 84 orang pegawai Imigresen pelbagai pangkat yang melibatkan Pejabat Imigresen Keningau, Tenom, Ranau, Sipitang, Kota Kinabalu dengan kerjasama daripada Agensi RELA daerah Keningau. Operasi ini dijalankan berdasarkan aduan awam dan risikan yang dijalankan selama lebih kurang satu (01) bulan. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, pasukan operasi telah bergerak ke penempatan warga asing tersebut dan telah memeriksa seramai 216 individu yang terdiri daripada warganegara asing dan warganegara tempatan. Hasil pemeriksaan, seramai 141 warganegara asing yang terdiri daripada 10 lelaki dewasa, 38 perempuan dewasa, 38 kanak-kanak lelaki dan 31 kanak-kanak perempuan warganegara Filipina dan 16 lelaki dewasa, 6 perempuan dewasa dan 2 kanak-kanak perempuan warganegara Indonesia telah ditahan. Kesemua mereka ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. Kesemua warganegara asing yang ditahan telah dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Papar, Sabah untuk siasatan dan tindakan lanjut. Jabatan akan meneruskan tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan – Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM). Tindakan tegas juga akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menggaji dan melindungi PATI. #𝐓𝐀𝐌𝐀𝐓# 𝐃𝐀𝐓𝐔𝐊 𝐒𝐇 𝐒𝐈𝐓𝐓𝐈 𝐒𝐀𝐋𝐄𝐇𝐀 𝐁𝐈𝐍𝐓𝐈 𝐇𝐀𝐁𝐈𝐁 𝐘𝐔𝐒𝐒𝐎𝐅 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐈𝐌𝐈𝐆𝐑𝐄𝐒𝐄𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀
imigresensabah
Region: MY
Tuesday 29 July 2025 12:20:57 GMT
Music
Download
Comments
lumbidan :
sana perumahan pekerja d kilang kayu fokus lumber sama verasity banyak tu...
2025-07-30 13:53:04
0
shea pretty :
hadir support
2025-07-30 09:16:56
0
Tiara Ara Gacor🔥 :
Terbaik
2025-07-31 13:16:30
0
🦅𝗰𝗵𝗲𝗳_𝗝𝗲𝗳𝗳𝟴𝟴🦅 :
terbaik jim semoga permudahkan urusan dan jaga keselamatan selalu semangat jim🤲
2025-07-30 02:48:22
0
Ijumari Kadir :
atas kedai ni d bilik sewa ada PTI area pekan keningau
2025-07-29 20:42:01
4
Wongsym ⚡ :
sna kg sayur pun bnyk tu
2025-07-30 03:26:07
3
no name :
tapi Masih banyak juga PTI yang belum tertangkap... Masih banyak juga PTI yang dapat info pasal operasi 😌
2025-07-30 05:40:00
4
Sadek Khan :
662, jalan sentul Myanmar
2025-07-29 15:58:28
3
rajarajaraja9766 :
semua Daerah d Sabah Penuh PTI
2025-07-30 02:07:44
0
wagu koi :
Terbaik pasukan jim...masih ada pti² area sook yg bkerja di ladang sawit kampung2 di pedelaman...
2025-07-30 17:00:04
0
hatiminttr :
Terbaik Jim Sabah di bawah kepimpinan YBhg Datuk pengarah semoga ops seperti ini akan dapat di teruskan dari masa ke semasa
2025-07-30 00:21:14
1
Lago668 :
Tangka mereka kemudian bagi IC utk mengundi😂
2025-07-29 23:22:10
2
sarah :
Terbaik JIM Sabah.. teruskan Usaha membenteras PTI.. Salute 😊
2025-07-30 06:52:11
0
N2NY :
terbaik..teruskan usaha membentras jenayah.👍
2025-07-30 04:27:41
0
Karina :
jln jln bah pg sini ranau..
2025-07-30 13:08:42
0
doni :
masih banyak pti.. diorng masuk d kg2
2025-07-30 06:49:05
0
Siska Ahmad :
Byk kg contoh.. Kg masak..
2025-07-31 12:44:26
0
FS321 :
Terbaik JIM Sabah 👍👍👍
2025-07-29 13:56:14
4
A B I E 🌹 :
kesiannya Dorang tuu
2025-07-30 10:38:31
1
Ziquyinchami Sam :
terbaik JIM 👍
2025-07-29 13:15:40
3
rajarajaraja9766 :
ngam buat keja
2025-07-30 02:07:19
0
(๑˙C-A-N-T-I-K-A˙๑)cewekyakan :
😂
2025-07-31 13:05:37
0
steven :
👍👍👍
2025-07-29 12:27:08
1
cr :
🥰
2025-07-31 12:33:38
0
cr :
😏
2025-07-31 12:33:03
0
To see more videos from user @imigresensabah, please go to the Tikwm
homepage.