@polistanahmerah: ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ TANAH MERAH, 29 Julai 2025 (Selasa) โ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah telah menganjurkan satu Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Pengurusan Jenazah bertempat di Dewan IPD Tanah Merah. Program ini bertujuan untuk melahirkan pegawai kanan polis (PKP), anggota polis rendah (APR), dan pegawai awam (PA) berpengetahuan serta berkemahiran dalam mengendalikan pengurusan jenazah. Antara objektif utama latihan ini adalah untuk memberikan pendedahan teori dan praktikal berkaitan tatacara, adab serta kaedah pengurusan jenazah secara menyeluruh. Latihan ini telah dikendalikan oleh dua tenaga pengajar berpengalaman iaitu Ustaz Mohd Yusof bin Awang Nik dari BAKA IPD Tumpat dan Ustaz Ahmad Zurimi bin Ismail dari BAKA IPD Tanah Merah. Kehadiran serta penglibatan warga PDRM menunjukkan komitmen tinggi dalam memperkasa ilmu fardu kifayah. #polistanahmerah #ipdtanahmerah #PolisDanMasyarakatBerpisahTiada #pdrmmalaysia