@utusansarawak: KUALA LUMPUR: Anak kelahiran Kuching, Sarawak Viviana Lin Winston dinobatkan sebagai Miss Grand Malaysia (MGM) 2025 pada malam kemuncak pertandingan ratu cantik itu yang berlangsung meriah di Pusat Konvensyen HGH, di sini malam tadi. Viviana, 25, memukau barisan juri menerusi keanggunan dan daya inteleknya, sekali gus melayakkan beliau merangkul gelaran tersebut serta membawa pulang hadiah wang tunai, barang kemas dan pelbagai pakej eksklusif. Menerusi kemenangan itu, gadis berketurunan Iban berkenaan akan mewakili Malaysia ke pentas Miss Grand International (MGI) tahun ini yang dijadualkan berlangsung di Bangkok, Thailand pada Oktober depan. Tempat kedua disandang peserta dari Negeri Sembilan Dr Nisha Thayananthan, manakala tempat ketiga menjadi milik Rochil Sagarino dari Sabah. Menerusi kemenangan itu juga Viviana, atau lebih mesra disapa Vivi, mencipta sejarah menjadi wanita Iban pertama merangkul gelaran Miss Grand Malaysia. “Pencapaian ini bukan sekadar kemenangan di pentas ratu cantik, tetapi peluang untuk meraikan kepelbagaian dan menunjukkan bahawa keunikan budaya Iban juga layak mendapat tempat di peringkat tertinggi. “Saya harap kejayaan ini beri inspirasi kepada anak muda daripada pelbagai latar belakang untuk percaya pada diri dan terus mencuba,” kata penuntut Universiti Malaysia Sarawak itu. Viviana turut meluahkan rasa terharu atas sokongan luar biasa yang diterimanya apabila 300 warga Sarawak sanggup datang ke Kuala Lumpur untuk memberi sokongan secara langsung kepada beliau. Sedar akan tanggungjawab besar yang menunggu di pentas MGI, gadis ini berazam untuk meneruskan legasi wakil terdahulu yang pernah berada dalam kelompok terbaik dunia. “Selepas ini, saya ingin fokus untuk bekerjasama dengan mereka yang berpengalaman supaya dapat membawa nama Malaysia lebih jauh. Saya yakin impian untuk menjulang mahkota emas pertama bukan mustahil jika disertai latihan berterusan, bimbingan yang betul dan kerja berpasukan,” katanya. Sementara itu, Pengarah Nasional MGM 2025 Melisha Lin berkata kemenangan Viviana adalah hasil usaha gigih serta kelebihan yang dimiliki gadis tersebut dalam kelima-lima aspek utama yang dinilai di peringkat antarabangsa, iaitu beauty, body, brain, behaviour dan business. Melisha berkata pihaknya menyasarkan untuk memperkukuh prestasi Malaysia di pentas dunia dengan matlamat minimum meletakkan Viviana dalam kelompok 20 terbaik Miss Grand International tahun ini. “Malaysia berjaya menduduki tempat keenam (fifth runner-up) pada edisi lepas dan kami berharap dapat meneruskan momentum itu. Dengan persiapan yang rapi, tidak mustahil Viviana mampu pergi lebih jauh,” katanya. kredit : Instagram missmalaysiapageant @Viviana Lin Winston #gadis #iban #missgrandmalaysia #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #SuperModel

Utusan Sarawak
Utusan Sarawak
Open In TikTok:
Region: MY
Thursday 31 July 2025 02:43:02 GMT
129728
7139
126
423

Music

Download

Comments

mak.ratu0
Mak Ratu :
Indu iban sigi bajik 🥰
2025-07-31 06:24:25
90
dayungborneo13
Ju&Ren :
Congratulations Viviana ,this time Borneo Winner bro❤️❤️🔥🔥
2025-07-31 13:27:29
0
mj6t9ft
MJ6T9 :
tahniah membawa nama NEGARA SARAWAKIAN BORNEO 💪🖤💛❤️
2025-07-31 05:04:19
46
jkl_pink
j.k.l :
juh kita Sarawak support nya rami2 Oktober tok btanding d Thailand. Boh lupak non stop hype nya okai...
2025-07-31 05:27:43
24
singlealways18
Mahali :
Don't think I'm against Sarawakian K. In Q&A she sinked compared to Nisha. Nisha gave her best In Q&A.
2025-07-31 13:07:28
1
thomas.a.m
Thomas Mitsubishi Miri :
kawan saya tu
2025-07-31 06:59:09
0
mommylittlegirl07
mamamuda._💋 :
Congratulations to miss Viviana Lin anak Winston winner of miss grand 2025 sarawak . I proud of you🌹❤️
2025-08-01 00:16:52
1
1970roddg_
roddg shop :
terus melakar ke puncak jaya..All the best
2025-07-31 17:49:43
0
zulwasli
ZulWasli :
TAHNIAH,,ORG SARAWAK NANG KACAK KACAK..👍👍👍👌✌😃🤩
2025-07-31 07:56:09
3
anas191276
@Anas1912🌹 :
Congratulations Viviana Lin...👍👍👍
2025-07-31 07:26:32
0
norg85
noor :
tahniah indu iban👍
2025-07-31 09:06:19
4
blacklovers_dl
ApRiLean🖤 :
tahniah☺️
2025-07-31 06:10:33
0
user5203619727345
bark zalaini :
Tahniah VV..
2025-07-31 07:39:42
0
brangkingunang
Br-king Theone :
Beautiful deserved Kumang Queen
2025-07-31 08:53:58
1
mulank83
LilMulanK 💖💫 :
congratulations girl proud with you 🎉🎉👏👏👏❤️❤️❤️
2025-07-31 08:00:31
0
adda09_
에블린🤍 :
☺️Memang dah agak dia menang...ada aura nya
2025-07-31 05:59:20
11
melati4776
🐧Melati4776♥️ :
tahniah miss Viviana sbb telah mengharumkan nama Sarawak di mata dunia
2025-07-31 06:59:50
1
ongaling
glory :
Tahniah Viviana. You're proud of Sarawak.. Go go higher dear vivi.. 🥰
2025-07-31 08:53:14
1
babat.gara
Babat Gara :
Congratulations Vivian Lin Winston, you make Sarawakian,Borneo proud
2025-07-31 07:41:58
7
charleslingym68
Charles :
congrats endun
2025-07-31 11:52:15
0
mak.ratu0
Mak Ratu :
taniah queen 👑
2025-07-31 06:24:16
0
user3962063734200
Ahmoii :
congrates vvi
2025-07-31 07:36:28
0
eitha820
Eithakarl :
Congrats 🎉🎉🎉🫰
2025-07-31 05:43:38
0
blackhearttorn
Ketua Kucing Kelabu :
mix blood 🔥
2025-07-31 05:38:44
5
user47315760703094shendy
user4731576070309 shendy :
Tahniah
2025-07-31 05:18:30
0
To see more videos from user @utusansarawak, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About