@jabatanpenjaraofficial: MAJLIS MAKAN MALAM COMMISSIONING BALL SIRI 2/2024 & 1/2025 Damansara, 6 Ogos 2025 — Seramai 53 pegawai penjara diraikan dalam Majlis Makan Malam Commissioning Ball sempena tamatnya Kursus Timbalan Penguasa dan Inspektor Penjara bertempat di Hotel Royale Chulan, Damansara. Majlis disempurnakan oleh YBhg. TKJP Dato’ Ibrisam bin Abdul Rahman dan turut dihadiri barisan pengurusan tertinggi jabatan serta pasangan. Ucapan penuh semangat dan amanat turut disampaikan sebagai suntikan motivasi kepada para pegawai yang baru ditauliahkan. Sorotan detik bermakna sepanjang majlis ini turut dirakam sebagai kenangan perjalanan permulaan karier para pegawai yang bakal memimpin barisan hadapan institusi. #CommissioningBall #PenjaraMalaysia #KepimpinanKoreksional #PrisonReform #KDN #MalaysiaMadani #KDNYakinMADANI