@johariabdulghani: 𝐏𝐑𝐀𝐒𝐀𝐑𝐀𝐍𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐋𝐄𝐁𝐈𝐇 𝐁𝐀𝐈𝐊 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 🔴 Parkir Bertingkat PPR Jelatek Saya amat memahami keluhan yang sering disuarakan oleh penduduk berkenaan isu kesesakan ruang parkir yang telah lama dihadapi oleh penduduk PPR di sini. Alhamdulillah, projek parkir bertingkat kini hampir siap bagi memberikan kemudahan dan keselesaan kepada penduduk. Ini turut dapat membantu anak-anak untuk melawat ibu bapa mereka yang tinggal di sini. Dapatlah bantu atok dan nenek berjumpa dengan cucu selalukan? 🔴 Medan Selera PPR Jelatek Sebagai wakil rakyat di kawasan ini, saya juga prihatin terhadap nasib peniaga kecil yang mahu meningkatkan pendapatan harian mereka. Justeru, usaha saya sebelum ini untuk DBKL membina Medan Selera PPR Jelatek bakal siap tidak lama lagi. Medan selera ini bukan sahaja menyediakan ruang perniagaan yang lebih bersih dan teratur, malah mempunyai bumbung bagi keselesaan penduduk. Saya harap usaha ini dapat membantu peniaga PPR Jelatek memperoleh pendapatan yang lebih baik, Insya-Allah. Apa yang penting bagi saya adalah untuk berkhidmat memberikan kesejahteraan dan keharmonian kepada masyarakat setempat di Parlimen Titiwangsa. Terima kasih saya ucapkan kepada Persatuan Penduduk PPR Jelatek kerana telah menjemput saya merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-23. __ 𝐁𝐄𝐓𝐓𝐄𝐑 𝐈𝐍𝐅𝐑𝐀𝐒𝐓𝐑𝐔𝐂𝐓𝐔𝐑𝐄 𝐅𝐎𝐑 𝐓𝐇𝐄 𝐂𝐎𝐌𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐘 🔴 PPR Jelatek Multi Storey Parking I truly understand the concerns often voiced by residents regarding the long standing parking problem faced by the PPR community here. Alhamdulillah, the multi storey parking project is now nearing completion, providing greater convenience and comfort for residents. This will also make it easier for children to visit their parents who live here, allowing grandparents to meet their grandchildren more often. 🔴 PPR Jelatek Food Court As the elected representative for this area, I am also concerned about the livelihoods of small traders who wish to improve their daily income. Therefore, my previous initiative for DBKL to construct the PPR Jelatek Food Court will soon be completed. This food court will not only provide cleaner and more organised business premises but will also feature a roof for the comfort of residents. I hope this initiative will help PPR Jelatek traders secure better and more stable income, Insya-Allah. What matters most to me is serving to ensure the well being and harmony of the local community in the Titiwangsa parliamentary constituency. My sincere thanks to the PPR Jelatek Residents’ Association for inviting me to officiate the 23rd Annual General Meeting. #PPR #JELATEK #PENIAGAKECIL #PARKING #FLAT
Johari Abdul Ghani
Region: MY
Sunday 10 August 2025 12:55:25 GMT
Music
Download
Comments
Jeff :
dok PPR RM124. tp keta sbln 3-4biji
2025-08-10 23:47:30
4
RaRaSeven :
menteri yg paling berfungsi buat masa ni
2025-08-10 13:24:29
25
Huzairin Hisham Bin Hussain :
BN menang rakyat senang
2025-09-13 13:49:51
0
Norreza :
abis satu rumah sampai 2@3 biji kereta..
2025-08-11 09:29:45
3
Hadi bin Hj.Buang :
duduk PPR tapi kereta 2 3 buah satu rumah. mana x sesak 🥺 buat parking bergazet je. satu rumah 2 lot. bayar bulan²
2025-08-11 07:44:43
0
Nasrun Amran :
Terbaik next PM Malaysia Tok Jo 💪🇲🇾
2025-08-10 13:12:04
3
pak din :
aku secara personal, harap dato Joe ini ganti wak zahid sbgi president UMNO secepat mungkin sblm PRU 🤗🤗🤗
2025-08-11 09:11:13
2
Berkah Bezza :
terbaik bosku ini ❤❤❤
2025-08-16 01:45:41
1
abah :
menteri mcm ni klau jadi PM yg mendengar Dan menyelesaikan masaalah baru betoi
2025-08-11 02:53:52
0
D 🅰️ F ℹ️ :
aku rasa tok joe kalau jd pm..mmg paling tegas pm yang kita ada... all the best sir
2025-08-10 17:29:37
5
noorjunaidahbinti :
Abg Jo PMke11💪💪💪
2025-08-11 07:12:19
0
💯PLUS :
YB..TOLONG DATANG KE PPR BATU MUDA..PARKING SUNGGUH PADAT🤗😷🙏
2025-08-11 00:20:05
1
Razify :
Masalah satu rumah ada lebih bnyk kereta dari penghuni
2025-08-11 09:05:07
0
Dak An :
Alhamdulilah terbaik
2025-08-10 14:41:31
1
Ariqzero78 :
Buat parking bertingkat macam kondo2 atau apartment moden sekarang. Kos mmg tinggi tapi kena la sewa naik sikit utk cover kos
2025-08-11 01:50:39
1
jun :
terbaik dato Jo
2025-08-11 11:23:03
0
Tok Uan :
sekarang menteri kpkt dap.... tak tengok la ppr dah
2025-08-10 23:14:51
0
Tunduk padi. :
seeloknya tangguhkan dahulu semua pembangunan dlm bandar untuk ambil masa kaji semula semua sudut.penduduk pun jangan mudah setuju setiap tawaran yg ada Dr mana2 pihak selagi tidak memahami semua syarat yg ditetapkan kepada penduduk.
2025-08-11 00:00:59
0
Fairul :
bab parking ni,sampai bila tak selesai sebab sebiji rumah sampai 5 ,6 biji kereta,
2025-08-10 23:31:34
1
Md Silahudin Md Yusof :
teruskan khidmat yg baik.. terbaik
2025-08-10 23:18:40
0
Ganesh7860 :
Terbaik Dato Joe
2025-08-10 13:18:17
1
youyou :
Perform Dato Jo 👍👍👍👍
2025-08-11 06:21:31
0
Suya :
parking di malaysia mmg masalah..di ppr..hospital..
2025-08-10 23:30:46
0
ujangstyle :
Datok joe ni mmg terbaik knl sgt dia
2025-08-10 23:25:45
0
Wan Azizi :
Tok Jo memang terbaik👍
2025-08-10 13:34:45
1
To see more videos from user @johariabdulghani, please go to the Tikwm
homepage.