@dayangnoorazah: ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐ง๐ฃ๐ฎ๐ซ๐๐ง ๐๐๐ฃ๐๐๐๐ญ ๐๐๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐๐ง ๐๐๐๐ซ๐๐ก (๐๐๐) ๐๐๐ญ๐จ๐ง๐  ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐ค๐๐ซ๐ฃ๐๐ฌ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ญ๐ฎ๐๐ง ๐๐ฎ๐ซ๐ฎ ๐๐๐ฌ๐๐ซ ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐ (๐๐๐๐) ๐๐จ๐ง ๐๐ฎ๐ฌ๐ ๐๐๐๐ฎ, ๐๐ ๐๐ ๐จ๐ฌ ๐๐๐๐ | ๐๐ ๐๐๐ฅ๐ฎ๐๐๐ฆ โ Majlis Penutupan Karnival Bahasa Melayu Peringkat Daerah Betong 2025 telah disempurnakan oleh YB Puan Dayang Noorazah binti Awang Sohor, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga. Karnival ini menghimpunkan pelajar sekolah rendah dan menengah dari seluruh daerah Betong untuk menyertai pelbagai pertandingan seperti Bercerita, Pidato, Bicara Berirama dan Bahas. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Bagi peserta lain, jadikan pengalaman ini sebagai batu loncatan menuju kejayaan yang lebih gemilang. Karnival ini bukan sahaja mencungkil bakat pelajar, malah membina keyakinan diri dan memupuk rasa cinta terhadap bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu adalah warisan bangsa yang menjadi alat penyatuan rakyat, cerminan nilai, serta identiti negara. Usaha memartabatkannya perlu dilaksanakan secara berterusan, bukan sahaja di dalam negara, bahkan hingga ke peringkat antarabangsa. YB Puan Dayang Noorazah turut menzahirkan penghargaan kepada PPD Betong, PGBM Zon Pusa, warga SK Maludam, para guru, ibu bapa, dan semua pihak yang bertungkus-lumus memastikan karnival ini berjalan dengan jayanya. Jadilah anak muda yang berilmu, berakhlak mulia, serta berjiwa besar dalam mengangkat martabat bahasa dan budaya kita. Semoga belia daerah Betong terus berani mencipta kejayaan, bersatu padu, dan menjadi inspirasi kepada generasi akan datang. #DUNN28LINGGA #SarawakMajuMakmur #BahasaMelayuBahasaKita #KarnivalBahasaMelayu2025 #PPDBetong
        
        
             
            Noorazah N28 Lingga
         
        
        
            
Region: MY
            Thursday 14 August 2025 05:30:26 GMT
        
        
                            
                    
        
        
            
Music
        
        
        
            
Download
        
        
        
            
Comments
        
        
                                                
                        
                            
                            
                                
                                    
menunmorainie                                        : 
                                    ๐ฅฐ
                                
                                2025-09-11 09:19:40
                             
                         
                         0
                     
                                     
        
            To see more videos from user @dayangnoorazah, please go to the Tikwm
            homepage.