@dayangnoorazah: YB DYG NOORAZAH SOKONG USAHA PERKASA PENJAGAAN WARGA EMAS 📍 Seri Simanggang Hotel, Sri Aman 📅 Jumaat, 15 Ogos 2025 | 4.00 Petang Semalam, YB Puan Dayang Noorazah binti Awang Sohor, telah merasmikan Kursus Penjagaan Asas Warga Emas Siri 2/2025 yang diadakan di Seri Simanggang Hotel, Sri Aman. Kursus ini bertujuan memperkasakan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam penjagaan warga emas, sejajar dengan hasrat kerajaan negeri menjadikan Sarawak sebagai negeri mesra warga emas. Dalam ucapan perasmian, YB Puan Dayang Noorazah menekankan bahawa Malaysia dijangka mencapai status negara tua menjelang tahun 2030 dengan 15% penduduk berusia 60 tahun ke atas. Justeru, penganjuran kursus sebegini amat relevan dalam melahirkan lebih ramai individu berkemahiran, di samping menyokong usaha kerajaan negeri Sarawak untuk menjadikan negeri ini sebagai wilayah mesra warga emas. Di Sarawak, Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) turut melaksanakan pelbagai inisiatif seperti penubuhan Pusat Perkhidmatan Warga Emas (PPWE) di sembilan bahagian utama, pendaftaran dan pemantauan pusat jagaan warga emas, serta pengurusan program Kad Kenyalang Gold (KGC) yang memberi manfaat kesihatan dan sosial kepada penerima. Beliau berharap para peserta akan memanfaatkan segala ilmu yang diperoleh bukan sahaja untuk membantu ahli keluarga sendiri, malah juga dalam menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat. Jutaan Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS), Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, fasilitator serta para peserta atas komitmen dalam menjayakan kursus ini. #SarawakMajuMakmur #LinggaPrihatin #WargaEmasSejahtera #DUNN28LINGGA #KmkSygWargaEmas
Noorazah N28 Lingga
Region: MY
Saturday 16 August 2025 09:10:55 GMT
Music
Download
Comments
niesanpattok :
Alhamdulillah terbaik yb.. 🤲🤲
2025-08-16 15:21:28
0
𝗝a̳i̴🄻a̲𝕟i͢ :
semoga terus sukses YB
2025-08-16 14:17:02
0
FND71 :
terbaik YB
2025-08-16 13:10:23
0
menunmorainie :
🥰
2025-08-16 13:15:16
0
To see more videos from user @dayangnoorazah, please go to the Tikwm
homepage.