@hariandinamik: *Kerajaan Buka 108 Sesi Libat Urus, Pembangkang Tak Datang Seorang Pun* Kerajaan telah mengadakan 108 sesi libat urus dan penerangan bagi menjelaskan pelaksanaan RUU Pembaharuan Semula Bandar (PSB) kepada semua pihak berkepentingan. Setiap saluran dialog dibuka, setiap soalan dijawab dan setiap kebimbangan diberi ruang untuk dibincangkan. Bukan sekadar sesi penerangan, kerajaan turut menganjurkan lawatan tapak pada bulan Mei bagi memberi peluang kepada semua wakil rakyat melihat sendiri keadaan kawasan pembaharuan. Ahli Parlimen pembangkang turut dijemput secara rasmi. Namun, tiada seorang pun hadir. Fakta ini membuktikan kerajaan tidak pernah menutup pintu dialog, tetapi peluang yang dibuka langsung tidak disambut oleh pihak yang paling lantang menolak PSB. Soal keberkesanan bukan pada keterbukaan kerajaan, tetapi pada keengganan mereka untuk duduk semeja dan berbincang. Kerajaan memilih pendekatan inklusif dan terbuka kerana masa depan rakyat bandar lebih penting daripada politik. Sebaliknya, ketiadaan pembangkang dalam sesi libat urus menunjukkan penolakan mereka tidak datang dengan fakta, sebaliknya berdiri di atas persepsi dan andaian. #malaysiamadani #malaysiatiktok #akta #rakyat #netizen #malaysiaupdate
Harian Dinamik
Region: MY
Wednesday 27 August 2025 15:05:26 GMT
Music
Download
Comments
Azam_Sultan :
Talibarut DAP
2025-08-29 01:17:55
0
4gie7 :
😱
Divided & Conquer..Pecah Pecahkan & Kuasai.🤔#BukaMataBukaHati#JanganSampaiAnakBangsakuMerempatDiNegaraSendiri
2025-08-27 21:43:35
0
To see more videos from user @hariandinamik, please go to the Tikwm
homepage.