@mediahiburanofficial: Drama sensasi Thariq Ridzuwan: His Treasure bukan sekadar mencuri perhatian dengan jalan cerita penuh emosi serta lakonan mantap barisan pelakon, malah turut membawa dimensi baharu untuk peminat. Diterajui oleh Meerqeen, Qasrina Karim, Evertt Gomes, Noki K-Clique, Afiq Hamidon dan ramai lagi, drama ini telah mencetuskan fenomena besar hingga mencecah lebih 1 bilion tontonan di aplikasi TikTok. Sebagai tanda penghargaan, Astro memperkenalkan pengalaman unik menerusi Janji 1 Minit di acara Hello Inilah KITA pada 23 Ogos lalu di Pavilion Kuala Lumpur. #MHnews #MediaHiburan