@antipenunggangagama: ANNUAR MUSA BEBANAN POLITIK SEPANJANG ZAMAN Tan Sri Annuar Musa merupakan seorang tokoh lama politik yang mula aktif sebagai ahli UMNO sejak tahun 1979. Mula mendapat tempat sebagai YB ADUN Peringat pada tahun 1986 dan terus melangkah dalam politik dengan pelbagai kontoversi yang tiada hentinya. Sepanjang beliau berada Bersama UMNO sejak lebih 45 tahun, sebelum beliau mufaraqah untuk Bersama dengan PAS selepas tidak lagi dicalonkan dalam PRU 2022 yang lalu, telah banyak tindakan beliau menjadi bebanan kepada kepimpinan dan ahli-ahli parti untuk bersilat dan bertepis dengan musuh. Semasa UMNO berkuasa, kerap kali beliau ditempatkan di jawatan-jawatan yang kanan dan strategik. Semasa beliau menjadi Menteri Luar Bandar, berlaku penyelewengan besar peruntukan untuk negeri Kelantan yang masih menjadi bualan sehingga kini. Selain itu, segala peruntukan dari Persekutuan ke Kelantan juga dikawal oleh beliau sehinggakan banyak peruntukan pembangunan untuk Kelantan hilang lesap di angin lalu. Ini juga menjadi punca kenapa BN gagal memenangi hati rakyat Kelantan sejak 1990 hingga sekarang. Sikap sombong dan berlagak makhluk bernama Annuar Musa ini memang cukup diketahui umum. Beliau pernah menjadi pengerusi KAFA, badan yang memajukan bolasepak Kelantan, namun akhirnya beliau digantung selama 30 bulan kerana bertelingkah FAM, badan induk bolasepak negara. Ini amatlah merugikan KAFA yang pada ketika itu sedang membawa prestasi pasukan Red Warrior di kemuncak, berakhir dengan merudum dan sekarang ini, Red Warrior telah lesap dari radar bolasepak negara. Pastinya ramai yang masih ingat ketika PRK Nenggiri, beliau mengeluarkan kenyataan sombong apabila ditegur ketika memakai baju mahal semasa berkempen. Dalam parti UMNO, selain pernah menjadi ahli MKT, beliau juga pernah menjadi Ketua Penerangan. Dalam masa yang sama beliau menjawat jawatan sebagai pengerusi MARA. Di sini pun wujud kotroversi bersifat penyelewengan atas pembelian asset MARA di luar negara serta isu tajaan MARA kepada pasukan bolasepak Kelantan yang pada masa itu beliau adalah presidennya. Isu ini amatlah memalukan dan menjadi salah satu isu yang membebankan kerajaan sehingga kerajaan BN tumbang semasa PRU 2018. Sekarang beliau sudah mula menapak dalam PAS. Lantikan sebagai AJK PAS pusat merupakan satu ruang untuk beliau mula mengganas kembali dalam politik. Suara beliau kembali bergema di kecopong ceramah di markaz-markaz PAS. Yang terbaharu adalah di Darul Ansar, Lanchang, membantu PAS Temerloh berkempen untuk hogoh Pahang yang bertujuan untuk merampas Pahang pada PRU 16 kelak. Tidak banyak yang diulas dalam ceramahnya melainkan tentang isu URA, iaitu perkara yang beliau turut terlibat semasa beliau menjadi Menteri Wilayah Persekutuan semasa pemerintahan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Isu URA sebenarnya dalam proses kajian semula dan pihak UMNO telah membuatkan tindakan pro aktif dengan menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji isu tersebut, bukan sekadar melalak dan membuat hantaran-hantaran liar di media sosial. Mungkin Annuar Musa sudah terlalu dalam politik arus perdana. Walaupun sudah bertukar parti namun gerak langkahnya masih gagal diubah. Mungkin faktor usia menyukarkan beliau untuk beradaptasi dengan trend politik semasa. Adalah lebih baik beliau berundur dan berehat sebelum lebih banyak perkara yang memalukan terjadi dan lebih banyak kerosakan kepada parti politik yang beliau wakili. #paspahang #pas #pnbest #annuarmusa @Annuar Musa Fan #pastemerloh

S A P A
S A P A
Open In TikTok:
Region: MY
Friday 05 September 2025 11:51:07 GMT
749
44
14
2

Music

Download

Comments

fikri.aziz71
Fikri Aziz :
Haha.. Xleh diharap
2025-09-11 09:32:14
0
azuanwan516
azuanwan516 :
apa nak jd dgn pak menteri skrg..
2025-09-13 08:31:14
0
doubleamphotography
Amir Halim :
Hhahaha
2025-09-07 16:45:37
0
wak_bandung
wak bandung :
duit dlm bilik din cirit ada bape juta lagi 😂
2025-09-07 08:18:05
0
chaleeda.ahmed
Chaleeda Ahmed :
Biasa yang mudah lupa diri ni tak lama, tak setia pulak tu
2025-09-08 04:40:43
0
ehabah
TAKDE FILTER :
Sian ayoh wa😂
2025-09-08 04:48:18
0
ducmate_alma
@BASIUMBLOOD :
2025-09-05 13:26:24
0
nurrr.rtkaa
nurrrr__ :
😂😂😂😂
2025-09-19 03:36:31
0
ahhkaca
AhhKacaa :
😅😅😅
2025-09-05 17:52:41
0
bicarabentong
Bicara Bentong :
😅🤣
2025-09-05 16:16:18
0
fz_ismail
fz_ismail :
😂
2025-09-05 15:54:50
0
hquinnrider
HquinnRider :
Terlalu membebankan😂🤣🤣
2025-10-24 15:21:30
0
fadhilroslizan
fadhilroslizan :
nuomuso ni banyak je cerita kalau nak sungkit
2025-09-08 01:54:42
0
aziznaim740
Aziz :
Tun M bagi RM6juta .. dapat beli panamara
2025-09-06 00:30:08
0
komepahang
komepahang :
huduh perangai dia ni.. tak boleh caye 😂
2025-09-05 23:55:01
0
To see more videos from user @antipenunggangagama, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About