@sinarharianonline: Teruja dapat lihat 11 ekor gajah liar Kelibat sekumpulan gajah liar sekitar 11 ekor berjaya dirakam lensa petugas media yang mengikuti ekspedisi selama tiga hari dua malam ke Taman Negeri Royal Belum anjuran WWF-Malaysia dan Maybank. Pengalaman melihat kawanan gajah dari jarak kira-kira 30 meter selama satu jam pada petang Selasa lalu cukup memberikan kenangan manis kerana tiada yang menunjukkan tanda-tanda terancam dengan kehadiran manusia. #SinarHarian #60saat #Gajah #Gerik #RoyalBelum