@yayasanltat_: Bagi Muhammad Khairul Hakimi Kamarulzaman dari SMK Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur, peluang mengikuti e-Perkasa SPM 2025 sangat berharga. Program e-Perkasa ini bukan sahaja menyediakan kelas tuisyen dalam talian percuma bagi subjek-subjek teras SPM, tetapi juga memberi ruang kepada pelajar untuk mengulang kaji, bertanya soalan dan mendapat bimbingan daripada tenaga pengajar melalui penerapan mento-mentee. Khairul percaya usaha yang berterusan dengan sokongan platform ini akan membantunya mencapai keputusan cemerlang. Semangat dan usaha ini mencerminkan tujuan Yayasan LTAT dalam memperkasa anak-anak warga ATM dengan akses pendidikan yang inklusif dan berimpak tinggi. #YayasanLTAT #MinDefUpdate #MinDefMalaysia #ePerkasaSPM