@mohdjafnimdshukor_: Susulan lawatan saya pada 21 Ogos lalu, pada 9 September 2025 saya sekali lagi turun padang meninjau tapak projek pusat data di kawasan MBIP bersama YB Pandak Ahmad ADUN Kota Iskandar, Haji Hasrin Kamal selaku Datuk Bandar MBIP, Sdra. Akmal Melan Ahli Majlis MBIP serta agensi-agensi berkaitan. Lawatan ini adalah kesinambungan usaha memastikan setiap aduan dan keresahan rakyat diberikan perhatian serta tindakan segera. Hasil pemantauan, pemaju pusat data telah memenuhi perkara-perkara yang telah diarahkan sebelum ini. Antaranya termasuk pemasangan hoarding di sekeliling tapak, penghentian kerja pada waktu malam, pembersihan jalan secara berkala serta langkah-langkah mengurangkan kacau ganggu kepada penduduk berhampiran. Ini membuktikan suara rakyat benar-benar didengar dan tindakan penguatkuasaan Kerajaan Negeri berkesan. Saya juga menegaskan kepada pihak MBIP - Majlis Bandaraya Iskandar Puteri agar terus melaksanakan pemantauan secara agresif dan tidak berkompromi terhadap mana-mana pemaju yang ingkar. Tindakan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) perlu terus dikuatkuasakan bagi memastikan semua garis panduan dipatuhi sepenuhnya. Pendekatan ini adalah mesej jelas bahawa kebajikan rakyat tetap menjadi keutamaan. Kerajaan Negeri akan terus memantau semua tapak projek pembangunan. Johor sedang rancak membangun terutama di kawasan Iskandar Puteri dan Johor-Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ). Walau sebesar mana pun pelaburan yang dibawa masuk, kebajikan dan kesejahteraan rakyat tetap menjadi pertimbangan utama. Pusat data merupakan salah satu tonggak utama agenda Digital Johor yang berperanan besar dalam menjadikan negeri ini sebagai destinasi pelaburan teknologi masa depan. Namun setiap pembangunan mesti dilaksanakan secara berhemah, terancang dan tidak menjejaskan keseimbangan hidup rakyat serta kelestarian persekitaran. Selaras dengan aspirasi YAB Menteri Besar Johor, Dato @Onn Hafiz Ghazi melalui agenda MAJU JOHOR, Kerajaan Negeri komited memastikan setiap pelaburan digital seimbang antara pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Semua pemaju pusat data wajib mematuhi garis panduan tenaga, air, trafik, sistem kumbahan serta mitigasi alam sekitar demi menjadikan pembangunan digital negeri ini progresif, inklusif dan mampan. #MajuJohor #BangsaJohor #DMJafni #JohorBersih #JohorSelamat
Jafni Shukor
Region: MY
Sunday 21 September 2025 09:51:39 GMT
Music
Download
Comments
APA PUN TAK BOLEH BIZ :
maaf tanya Yb..dkt sana mmg fully chinese ye signboadnya🙏🏻
2025-09-21 11:35:52
27
Mohdpaku :
Papan tanda tukar bahasa melayu. Ni pakai tulisan cina mana nak faham
2025-09-21 10:29:40
6
•MR.kennT• :
Tolong siasat Dato...Jalan ingin msuk ke Kawasan perindustrian Nusa cermelang Gelang patah...Dah lebih sebulan menghadap jem kat sini...Pekerja 2/3 org shja....jem sampai traffic light Dekat pertronas gelang patah..setiap hari....
2025-09-27 11:44:38
3
muhasabah diri :
Datuk Jafni dulu supervisor dan naik jawatan manager dan Director kilang vs bila dia marah bersuara meeting semua senyap jika produk reject dan rework sebab jika barang rosak syarikat rugi danacam mana nak bayar gaji dan bonus
2025-09-22 07:43:19
2
Azmi Kulaifornia :
ayat dia " kalau ikutkan..... semua dah settle"
jawapan tak profesional langsung..
2025-09-22 03:32:45
2
aidil mohamad :
Dato, saya paling tak suka contractor guna method "kotorkan je jalan, lepas tu sehari 2-3 kali kita simbah air". banyak dah tempat buat mcm ni. at the end, jalan tar yg kerap dicuci tu permukaan makin kasar, garisan jalan hilang, jadi cepat berlubang, kereta lalu-lalang masa dicuci jadi kotor.
kenderaan keluar dari site sepatutnya dibersih 100%
2025-09-23 12:36:26
1
Anak Raja :
alhamdulillah terbaik
2025-09-27 01:37:21
0
lontongkering :
Terbaik YB Dato..
2025-09-22 12:54:00
0
muhasabah diri :
beliau fasih berbahasa cina dan dari jawatan bawahan Alhamdulillah jadi YB bukit permai
2025-09-22 07:44:42
0
Pauzi Ismail :
pihak yg brtanggungjawab kena slalu turun pdg supaya perkara seperti ini x brlaku
2025-09-24 06:38:31
0
putra kamal :
mantappp
2025-09-23 00:49:05
0
syah hamdan :
terbaikkkk dah belajar dari kesilapan 🤣
2025-09-23 00:47:44
0
Luqman Hakim :
salam tuan..ppr taman pelangi indah..saya buat aduan dalam unit dah 3 bulan keje tak jalan..alasan tukang balik kampung tiada tukang..saya buat aduan..dia pulak buat aduan dekat saya tukang balik kampung..
2025-10-27 04:57:14
0
lakshmi_091 :
YB sila dtg ke Senai Jaya 1 kerana ada byk masalah seperti jln raya berturap di jln Senai Jaya 2/1,long kang rosak di tmn jln rumah saya dan sampah sarap berselerak di kawasan perumahan
2025-09-27 00:00:40
0
𝓺𝓲𝓼 🪽 :
bagus Dato bertegas tak bagi muka 👍🏻
2025-09-23 00:51:16
0
Bozz Z :
terbaik datok... datok selalu turun padang
2025-09-24 16:24:18
0
Aisyah Idris :
mantap dato
2025-09-25 05:42:59
0
Hanafi Pontian :
Sorry nk tnya jer lh,ni kt malaysia ke kat cina iya,sbb kita org x fhm,Tolong jelas kan dgn nada lembut🥰🥰Kt cina ke??🤔🤔🤔😂
2025-09-25 13:27:37
0
tihah :
terbaik YB 👍👍
2025-10-13 07:22:11
0
mR aY96 :
dia mari dengn marah2 sambil rakam sobak
2025-09-24 14:57:56
0
MANKAPAL :
Terbaikkkk Yb kena tegas 👍
2025-09-23 13:06:56
0
a,hassan#18 :
good YB tegas
2025-09-24 05:15:43
0
hisyamahmadsss :
baik tokk settle dah seperti timeline yang ditetapkan 😎
2025-09-23 00:50:08
0
Somcai :
Mak aih nak kena sergah baru ini macam jalan 😅🔥🙏🏻
2025-09-23 15:32:13
0
Nur Syahilla :
Terbaik tok
2025-09-21 09:54:12
0
To see more videos from user @mohdjafnimdshukor_, please go to the Tikwm
homepage.