@dsdrnaim: Syukur ke hadrat Allah SWT, kerana dengan izin-Nya, Kerajaan MADANI di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim terus memperlihatkan keprihatinan mendalam terhadap kesejahteraan rakyat. Pengumuman inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) yang menetapkan harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter mulai 30 September 2025 adalah satu langkah berani dan berpandangan jauh. Ia mencerminkan komitmen kerajaan untuk meringankan beban sara hidup rakyat, di samping memastikan pengurusan kewangan negara terus kukuh. Firman Allah SWT: وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ (Surah Ibrahim: 7) Maksudnya: "Dan (ingatlah) tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku akan menambahkan nikmat kepadamu, dan jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih.” Kita sebagai rakyat sewajarnya bersyukur atas nikmat ini kerana ia memberi ruang kepada keluarga, khususnya golongan asnaf, B40 dan sederhana, untuk menggunakan penjimatan tersebut bagi tujuan pendidikan anak-anak, rawatan kesihatan, serta pembangunan keluarga yang lebih sejahtera. Inisiatif ini selaras dengan nilai Malaysia MADANI, iaitu memastikan manfaat negara dapat dirasai secara adil dan menyeluruh, tanpa mengira latar belakang atau kedudukan. Dengan penuh rasa syukur, saya yakin langkah ini akan menyemai semangat kesatuan dan saling peduli dalam kalangan masyarakat. Marilah kita bersama-sama mensyukuri nikmat ini dengan memperkukuh usaha, doa, dan solidariti agar Malaysia terus diberkati, dilindungi daripada cabaran mendatang, serta kekal makmur demi kesejahteraan rakyat seluruhnya. Sekali lagi, saya menzahirkan penghargaan kepada YAB Perdana Menteri atas kepimpinan penuh hikmah dan keberanian dalam melaksanakan dasar yang benar-benar berpaksikan kepedulian rakyat. #MenteriAgama #MadaniBekerja #RancakkanMadani #KalimahTayyibah #PelanAlFalah
Dato' Setia Dr. Naim
Region: MY
Monday 22 September 2025 08:29:33 GMT
Music
Download
Comments
….. :
👍🏻👍🏻👍🏻
2025-09-22 10:23:28
1
Koyak :
Sejujurnya, tidak pernah mana-mana negara didunia alami kekecohan sebegini besar hanya sebab harga RON95 turun 6 sen atau 2.9% saja 🤣🤣🤣🤣🤣
2025-09-23 07:21:53
0
To see more videos from user @dsdrnaim, please go to the Tikwm
homepage.