@polis_kl: TIPS ELAKAN MOTOSIKAL DICURI Jumlah kes kecurian motosikal semakin hari semakin meningkat di seluruh negara. Bagi mengelakkan motosikal anda menjadi mangsa, sila ambil langkah pencegahan berikut: 1️⃣ Pilih kawasan parkir selamat – pastikan terang & ada orang lalu lalang. 2️⃣ Gunakan kunci tambahan – seperti disc lock pada brek hadapan. 3️⃣ Pasang sistem penggera (alarm) – cegah pencuri daripada bertindak. 4️⃣Pasang GPS tracker – jejak motosikal jika dicuri. Ingat, sikap cuai boleh mengundang padah. Laporkan segera sebarang kegiatan mencurigakan kepada pihak polis. #kearahKLsejahtera #keepKLsafe #PolisDaerahWangsaMaju