@peguamakhlakan: Seorang wanita berusia 74 tahun di Baling membuat laporan polis selepas mendakwa anak lelakinya yang berusia 37 tahun ditahan oleh anggota polis yang menaiki MPV. Telefon bimbitnya dirampas dan diminta wang RM200 untuk ditebus semula. Namun, sebelum wang sempat diserahkan, mangsa rebah di hadapan rumah dan disahkan meninggal dunia oleh pihak klinik. Kes ini menimbulkan persoalan serius masyarakat dan kini dalam siasatan pihak berkuasa. #polis #Baling #kesjenayah #beritamalaysia #extortion